Masih ingat korang punya first time dalam melakukan sesuatu? Ni list of my first time n thing.
First memory yang aku ingat masa kecik
Aku duduk dalam bakul basikal yang mama bawak. Muat jugak eh aku dalam bakul basikal?
First basikal
Basikal merah. Sebenarnya abang aku punya. Dan jugak first basikal yang aku hilangkan.
First tadika
Tadika kemas atap merah. Aku pun da tak ingat apa nama tadika tu. Aku ingat atap dye merah la.
First kawan
Kawan tadika aku kalau tak silap. Tapi dah tak ingat nama. Kemudian, jiran aku nama Ermarlia. Jap, aku pun da tak ingat yang mana satu dulu aku kenal.
First laptop yang aku dapat
Laptop mainan budak2 tu. Yang cucuk pakai kad. Masih ada aku simpan sampai sekarang.
First kawan lelaki yang pernah datang ke rumah
Arwah Zukhair. Masa aku kecik dulu kitorang satu tadika. Masa nak balik tu ada anjing hitam besar kat tepi jalan. Aku takut giler. Arwah la yang teman sampai balik. Aku pun tak ingat sebenarnye. Kakak aku yang cerita.
First lelaki yang aku suka
Masa ni aku da masuk tadika atap biru. Tadika kedua yang aku masuk. Nama mamat ni Hamdan. Aku pun tak ingat kenapa aku suka dia masa tu. Hurmm~ errr~ tapi skg da xde da ye perasaan tu. (Harap-harap mamat ni tak baca blog aku)
First time dapat hadiah kecemerlangan
Masa tadika atap biru. *tersengih* Sebenarnye aku bukannya dapat nombor satu ke, dua ke, atau tiga. Langsung tak. Aku balik umah mengadu ngan mama semua orang dapat hadiah. Mama bawak aku balik pergi tadika tu. Pastu suruh aku pilih. Cikgu pun bagi je. Sebenarnye hadiah tu untuk yang dapat nombor satu, dua , tiga je. Aku ni je yang mengada-ngada nak jugak.
First time naik pentas buat persembahan
Masa tadika. Aku jadi puteri bongsu. Pandai jugak aku menari ye?
First time mengorat
*ketawa besar sambil tutup muka* Ye aku akui. Kecik-kecik aku da start mengorat orang. Masa ni aku darjah satu. Aku mengorat mamat yang duduk sebelah aku nama dia Akmal. Tapi aku tak rasa pun dia perasan aku ngorat dia. =.="
First time dapat nombor satu dalam kelas
Masa darjah satu penggal pertama. Aku pun tak tau yang aku sungguh bijak ketika itu. *ketawa kecil* Masa penggal kedua, aku dapat nombor empat. Aku cakap ngan mama, cikgu salah tanda kertas. Sejak dari tu aku terus menurun.
First kawan dari bangsa lain
India - Nama dia Gayathri. Sama kelas masa darjah satu. Dia selalu berbau hancing sebab selalu terkencing dalam kelas.
Cina - Desmond Ng Chee King. Dia dah meninggal. Aku tak tau na letak apa depan nama dia. Takkan Allahyarham? Arwah? Errr~ Sapa2 tolong bgtau aku. Nway, aku satu kelas dengan dia sampai la darjah enam.
First phobia
Aku memang takut guruh. Mama kata kalau aku dengar bunyi guruh, aku akan baring kat lantai sambil nangis-nangis golek-golek. Tapi sekarang Alhamdulillah kurang da ketakutan itu. Yeay!
First cerita seram yang membuatkan aku takut ke tempat-tempat gelap
Cerita Child's Play. Chucky! Cukup sampai situ.
First boyfriend
Masa darjah dua. *ketawa* Nama dia Syafiq. Masa tu kecik lagi lorh. Bila orang bagi hadiah macam-macam, terus suka. Ini namanya cinta monyet.
First time kacau orang
*ketawa banyak-banyak* Aku memang sedikit nakal masa kecik. Masa ni kelas malam. Aku pun dah tak ingat darjah berapa. Aku, Syahir dengan desmond ni la. Lari-lari pergi kelas dulu. Student2 yang lain duk berkepit dengan cikgu. Katanya takut. Bila diorang sampai je kelas, kitorang 3 ekor sergah diorang dalam gelap. Dengan cikgu cikgu sekali menjerit. *ketawa sampai sakit perut* Bila fikir2 balik, berani la pulak aku duk dalam gelap kan masa tu.
First time masuk dewan untuk ujian besar
Ujian PTS kalau tak silap. Sekarang dah takde da. Asal xde da ek?
First time nama salah eja
Masa aku darjah empat, kat sekolah kebangsaan ada kelas komputer. Yang mengajar tu cikgu India. Dia selalu salah tulis nama aku jadi Agilah. Marah betul aku. Tapi aku layankan je.
First time guna komputer betul
Masa darjah tiga. Sebenarnya itu hadiah untuk abang. Tapi abang sebok sangat. Aku la yang guna. Dan aku selalu berebut dengan kakak. Tapi selalunya aku menang. Sebab aku adik. *ketawa jahat*
First time pakai beg tarik
Masa darjah empat. Masa tu popular kot beg tarik! Warna pink lagi tau. (Itupun dapat sebab da guling-guling-hentak-kaki-sepak-terajang-karate semua barang kat kedai)
First time bercamping
Aku pun da tak ingat aku camping untuk kelab apa. Kalau tak silap sama ada kelab Bahasa Inggeris atau kelab Badminton. Kelab Bahasa Inggeris kot. Kat sekolah rendah. Sepatutnya ada aktiviti cari barang terbuang untuk jadikan bahan kreatif. Aku boleh pergi call abah suruh bawakkan barang. Mentang2 la rumah dekat. Hampes tul. Lepas tu khemah lak bocor masuk air. Kitorang satu kumpulan tidur kat bilik tv. Siap tengok tv lagi malam2. Terbaik la!
First time puasa penuh
Masa darjah lima. Sebab aku selalu nak puasa setengah hari je ngan mama. Padahal puasa setengah hari tu bukan wujud pun.
First time kena buat keputusan pilih sekolah
Masa ni dah habis sekolah rendah. Mama suruh pilih nak masuk sekolah agama kat Sabak Bernam atau sambung je sekolah menengah biasa kat Shah Alam. Aku pilih Shah Alam. I LOVE YOU SHAH ALAM!!!
First time period
*tutup muka malu* Masa bulan puasa tahun 1999. Masa tu aku excited sebab tak payah puasa.
First time wakil sekolah untuk pertandingan kawad kaki
Masa tingkatan 2. Aku pun da tak ingat sampai peringkat apa. Zon la kot.
First handphone
Abah hadiahkan. Henfon nokia 3660 kalau tak silap. Dengan nombor digi. Nombor special. 016-2460234. Aku ingat lagi nombor dia.
First kenduri kawen
Kenduri kawen abang aku. Tahun 2004.
Fikri. Sebenarnya aku jatuh cinta pandang pertama masa tingkatan empat. Tapi aku tak tau dye masuk kelas apa. Tingkatan lima baru aku betul2 kenal dia.
First time ponteng sekolah
Masa tingkatan lima. Aku memang pelajar yang baik. Tingkatan lima baru aku belajar ponteng sekolah ni.
First time bekerja
Aku kerja dekat kedai telefon dekat dengan rumah aku. Kerja 12 jam dengan gaji sebulan 400. Aku mana tau gaji sikit masa tu. Yang aku tau kerja je. Tapi kerja pun xde la teruk sangat.
First anak buah
Azfar Naufal. Lahir tahun 2006.
First time tinggal jauh dari family
Kena pergi PLKN kat Terengganu. Masa tu la aku kena survive betul-betul. Tapi seronok sebab kenal beberapa kawan baru yang sempoi.
First time mengenali erti kawan
Masa belajar diploma.
First time praktikal
Sem 5 masa diploma. Praktikal dekat MCM Associates sek.9. Bos dan staff yang sempoi.
First blog
Ini lah dia blognya. Yeay!
nota kaki : banyak yang aku tak ingat. Akan di update lagi kalau aku ingat lagi.
8 comments:
first time kena kiss xde ke?hehe..joking..
errr~ hahahahaha~ tettt!!!
no comment... XDDD
Bla first time anda jd moncet n montol plus momoe??
hahahaha...kurang asa lo! agagaga...itu u kan??!!
Ooo..tang tu je u xngat kn??hahaha..skunk pn still momoe ag kn??
hi...;-)
http://bysandraazwan.blogspot.com
encik mohd fadzizul zakaria..mana ada lorh~
hi sandra azwan.. :)
owh..ok..i fhm..sini open sgt kn..t owg taw lak u momoe..xpe3..i fhm..muahahaha~
Post a Comment