August 15, 2010

Third language

Kenapa kena ada bahasa ketiga? Dua tak cukup ke? Hoho. Sebenarnya kalau boleh lebih banyak bahasa yang kita tahu, lebih afdhal. Aku ni pandai2 je letak hukum. Tapi memang betul pun. Kat Malaysia ni ada pelbagai kaum. Kenapa kita tidak menggunakan peluang yang ada untuk mempelajari bahasa kaum yang lain?

Masa aku kecil dulu aku pernah chat dengan seorang mat saleh. Hensem woo~ Tala tipu punya. Then dye tanya pasal Malaysia. So, aku explain la sikit. Walaupun aku masa tu kecik lagi, aku terel berbahasa inggeris tau! Hasil dari banyak tengok cartoon berbahasa inggeris. Bila da explain2 semua, dye cakap (aku translate balik) yang aku bertuah dapat tinggal dalam masyarakat majmuk. Mesti seronok dapat hidup dikelilingi kaum yang perbagai sambil dapat mempelajari bahasa dan budaya kaum yang lain.

Aku dengan riaknya berkata, "Ofcourse!" Itu masa aku kecik. Seiring dengan aku membesar, aku masih lagi tak faham bahasa mandarin, hokkien, tamil, sabah, sarawak dan lain-lain. Pernah aku cuba, tetapi aku diperkecilkan oleh suku kaum aku sendiri, iaitu melayu.

Dulu aku pernah pergi ke Kuala Kubu Bharu untuk pertandingan kawad formasi peringkat zon mewakili sekolah. Memandangkan aku ni seorang yang ramah mesra. Terlebih ramah kowt. Aku berkenalan la dengan beberapa pelajar dari sekolah lain. Kitorang lepak dekat library sekolah berkenaan. Tengah borak2, tiba2 datang satu couple india ke arah kitorang. Aku senyum je. Then, dengan selambe dye cakap tamil dengan salah seorang member yang aku baru kenal tu. Fyi, semua melayu ye di situ.

Aku tergamam. Fuyoh! Minah ni boleh faham dan boleh berbahasa tamil lagi dengan diorg. Aku respek gile. Tapi terdengar suara salah seorang dari kawan2 dye cakap,"Wei, cakap melayu la! kitorang tak faham!" Terus diorg berbahasa melayu. Tapi aku dah tak ingat dah apa yang diorg cakap masa tu.

Sekarang ni pun aku belajar sendiri beberapa bahasa. Tapi disebabkan takde geng or orang yang aku mampu praktis, aku selalu lupa. Antara bahasa ketiga yang aku pernah cuba belajar, Mandarin, Cantonis, French, Arab dan German (kerana demam bola). Tapi semuanya aku cam ingat tak ingat je. huu~

Tschüs!
http://www.emocutez.com



nota besar kecil sama sahaja: kalau na tau, aku juga cuba mempelajari bahasa asal usul aku, Kerinchi. Tapi pening na kena jumpa orang2 tua untuk belajar. Haish~ Apa keturunan anda?

8 comments:

Anonymous said...

jowow..hahaha

Unknown said...

Bugis. Tapi jauhhhhh. Hahaha

Eh darlin, sekolah apa yg qyla ckp tu?
SMK KKB ke? mane tahu ay kenal org tu sbb dulu ay sekolah sana =)

kiki said...

ha'a. sekola SMK KKB. Tapi dat gurl bukan sekolah situ. jap, sekolah situ kot. Tapi dia duduk kat kerling. Jap, ada ke tempat nama kerling or keling? ta sure.

Unknown said...

Tapi mmg ada je student situ duk kerling. Yup, mmg ada nama tempat Kerling. Hehe
Dulu sy ade klazmet grup ni, semua boleh berbahasa mandarin. Cina, Melayu semua boleh :)

kiki said...

waaaaa~ bestnye!! sangat jeles..Ayu ada bahasa ketiga x??

Lee Yna said...

korea..
"tea ya hamin gu!!!"

kiki said...

apa ko merepek ni??? T_________T"

kiki said...

apa ko merepek ni??? T_________T"