Selalu aku dengar pesan dari Mr Heart, "Islam itu agama yang syumul. Cukup segala-galanya. Jangan bebankan diri kalau rasa tak mampu."
Aku tanya Mr Heart, "Syumul tu maksudnya apa?" Aku jarang dengar perkataan syumul tu. Mr Heart pun kata, "Syumul tu lebih kurang Perfect. Cukup segalanya." Aku yang lem ni masih lagi tanya. "Apa yang perfect?" Syukur Mr Heart ni memang penyabar orangnya. Dia pun explain, "Islam ini sempurna. Semuanya ada diterangkan di dalam Al-Quran, hadis2 dan sunnah2. Dari kita lahir sampai la kita mati. Dari kita bangun, sampai la kita tidur. Semuanya ada diterangkan cara-caranya." Aku pun, "Ouh." Baru faham.
Islam agama yang syumul. Aku tersenyum. Ya, memang Islam itu cukup sempurna. Cuma aku ni yang masih belum cukup sempurna. Dari segi agama, pendidikan, kehidupan.
Dan aku teringat kisah Rasulullah s.a.w. Sebelum aku bercerita, maaflah ye jika salah sebab aku bercerita berdasarkan memori yang lemah. Mungkin ada yang salah. Cerita ni pun aku tak ingat samada aku baca atau diceritakan oleh orang. Aku bercerita ni pun untuk disimpan sebagai memori kekal disini. Mungkin suatu hari nanti, anak cucu aku pun boleh baca.
Kisahnya begini. Suatu hari, Malaikat Jibril turun berjumpa Rasulullah s.a.w. untuk memberitahu bahawa Islam itu sudah cukup sempurna. Bergembira la semua sahabat handai Rasulullah s.a.w. kecuali seorang yang aku sudah tidak ingat namanya. Mungkin kalau ada yang tahu sila bgtau ye. Sahabat Rasulullah s.a.w. yang seorang ini menangis sehingga sahabat2 yang lain datang bertanyakan kenapa dia menangis apabila mendengar khabar gembira itu.
Sahabat Rasulullah s.a.w. ini pun berkata, "Apabila sesuatu itu sempurna, pasti akan ada kekurangannya." Dan dia pun menerangkan, apabila Islam itu sudah sempurna, sudah tidak ada wahyu lagi yang akan diturunkan untuk disampaikan dan itu juga bermakna sudah tidak perlu lagi utusan Allah s.w.t. Bermakna, Rasulullah s.a.w. akan mangkat tidak lama lagi. Apabila mendengarkan itu, sahabat2 yang lain pun turut menangis.
Dan sambungan cerita ni aku dah tak ingat. hehe. Maaf la ye. Tujuan aku cerita ni pun sebab bila setiap kali Mr Heart sebut mengenai Islam agama yang Syumul, aku akan terus teringat kisah Rasulullah s.a.w. ni.
Aku Google Islam agama yang syumul dan aku terjumpa artikel mengeanai ucapan Lim Guan Eng mengenai Islam agama yang syumul. Baca la sendiri bila ada masa ye. Tapi aku respect bila bangsa lain mengkaji tentang Islam. Hurm~ bangsa. Kenapa mesti ada perbandingan atau perbezaan bangsa? akan aku cerita lain kali ye. Hari ni aku na cerita hal lain.
Aku takut sebenarnya untuk jadi sempurna. Dari dulu. Perasan tak, orang tua2 dulu pernah kata, kalau anak lahir tanpa tanda di badan akan diculik oleh orang bunian. Bukan ke itu juga bermakna yang anak itu lahir dengan badan yang cukup sempurna? Tanpa tanda lahir atau tahi lalat atau apa sahaja.
Arwah Yasmin Ahmad dan Arwah Din Beramboi meninggal dunia ketika berada di puncak kejayaan hidup mereka. Ketika hidup mereka itu sempurna. Dan pernah keluar berita tentang kehilangan 2 orang remaja lelaki ketika bercamping di hutan. Dipercayai diculik oleh orang bunian. Berdasarkan cerita orang tua masing2, anak mereka itu sempurna. Dari segi agama, tingkahlaku dan segala. Berita ni dah lama, terlalu lama mungkin masa aku masih berusia lingkungan 10-12 tahun.
Tetapi ketika itu aku percaya yang semua orang itu pasti tidak sempurna. Jika dia sempurna, dia tidak akan wujud di dunia ni. Bila setiap kali aku tengok cermin dan terasa diri ini sempurna (harus bersyukur dengan segala kurniaan-Nya) aku pasti akan mencari kekurangan. Dah jadi habit.
Kerana itu, aku selalu memaafkan orang yang membuat kesilapan kerana manusia itu memang akan membuat kesilapan. Kita tidak sempurna. Kita bukan malaikat. Jauh sekali Tuhan.
Tengok la video dari Yasmin Hamid yang aku letak di post ketidaksempurnaan. Video yang menyedarkan aku tentang ketidaksempurnaan itu adakalanya manis.
Aku juga tidak sempurna. Maafkan aku jika aku pernah marah, membenci atau membuat apa2 kesilapan pada kalian. Jujur, aku juga masih marah pada seseorang. Aku sudah maafkan dia cuma mengambil masa untuk berbaik dengan dia. Mungkin kerana aku manusia. Memang bersifat begitu. Memiliki perasaan kecewa dan terguris perasaan.
Pesanan aku untuk kalian, hargai dan maafkan la orang2 yang wujud dikeliling kamu. Mereka membuat kesilapan dan begitu juga kamu. Mungkin juga kalian seperti aku yang mengambil masa untuk berbaik. Tapi maafkan la mereka.
1 comment:
Post a Comment