August 14, 2010

..Bersiar-siar mencari idea di blog orang..

Aku ketandusan idea untuk tulis apa hari ini. Aku buat keputusan untuk berjalan-jalan sambil meninggalkan tapak kaki di blog orang. hehe. Seronok jugak sebenarnya membaca kisah hidup orang lain. Ada juga blog yang cerita pasal isu semasa tapi mostly kisah kehidupan masing2. Termasuk aku.

Kalau perasan, blog aku bukan la totally kisah kehidupan aku. Ada juga benda-benda lain yang aku letak. Kebanyakan benda yang aku ambil, cth video dari youtube, gambar-gambar comel dan lain-lain, aku letak supaya senang aku nak rujuk balik. Iye la, aku ni pelupa. Banyak sangat makan semut. Bila-bila aku teringat, senang la aku nak rujuk balik.

Satu benda yang aku kurang gemar, aku tak suka masuk blog yang terlampau banyak sangat widget sampai slow gile na bukak page dye. Ada yang sederhana tu, masih oke lagi la. Tak perlu aku na tunggu lama sangat. Tapi yang aku maksudkan disini adalah, penggunaan widget yang melampau! Berjam aku na tunggu semata na baca satu post dye sahaja.

Bukan setakat widget yang melampau, siap ada link-link yang menuju ntah ke mana. Aku faham la kalau blog tu blog bisnes atau blog cerita-cerita hebat. Normal bila ada link menuju ke merata tempat. Tapi aku tak faham bila itu blog personal! Haish~

Jujur, aku pun suka letak widget kat page aku. Tapi takde la melampau sangat. Kalau cute takpe la jugak. Aku boleh maafkan lagi. Tapi masalahnya da la page kau berat tu satu, serabut dengan link tu dua, buruk tau tak! tiga.

Maaf la kalau ade blogger di luar sana yang terasa. Ini cuma luahan hati seorang blogger juga. Mungkin anda yang saya maksudkan itu tidak mahu orang baca kisah hidup anda. Maaflah. Tapi Kalau tak suka orang baca, sila tulis dalam diari yang berbentuk buku dimana buku itu tidak mempunyai keyboard dan anda juga harus menggunakan pen atau pensil untuk menulis. Faham?

http://www.emocutez.com



nota kecil: Wah~ bulan-bulan puasa ni aku mengutuk orang pula. Astaghfirullahal`azim. Aku cuma mahu memberi kesedaran. Tiada niat untuk mengutuk. Geram tu mungkin ada. hee~ "Ampunkan saya penunggu gua."

No comments: