November 16, 2016

Cerai

Lelah dan penat
Wanita dan pemikiran singkat
Fikir kepentingan diri
  Hati sendiri
  Kesenangan sendiri
Sebelum orang lain

Kecewa
Sedih
Marah
Semua diluah

Sayang
Cinta
Kebaikan
Semua disorok

Anak mendengar
Merasa jijik dengan bapa sendiri
Sedangkan mereka tidak tahu
Apa yang mereka patut tahu

Bapa mereka keluar mecari rezeki
Diceritakan pada anak
Bapa mereka keluar mencari perempuan

Bapa mereka duduk dirumah melepaskan lelah
Diceritakan pada anak
Bapa mereka pemalas dan tidak mahu mencari rezeki

Wanita dan kesunyian
Jangan dibiarkan

Hanyut dan terus hanyut
Hanyut dalam cerita rekaan sendiri
Keliru antara fakta dan hasutan syaitan

Wanita dan kelembutan
Wanita dan kelemahan
Sebaik-baik wanita adalah yang dilindungi
Kerana kelemahan mereka boleh jadi kehancuran pada yang lain

No comments: