August 27, 2014

Aku dan Medal Emas

Sunyi.

Sunyi betul blog ni.
Lama juga aku tak berblog.
Aku je la kot yang rasa lama.
Heh.

Okay, berbalik ke topik.

Masih ingat post aku bertajuk Penat?
Kita recap balik, dalam post berkenaan aku ada bercerita yang aku dipaksa kayak untuk aktiviti sukan kat tempat kerja.
Post tu lebih kurang 2 bulan yang lepas.

Sepanjang dari 2 bulan yang lepas, aku sibuk berlatih kayak.
Di main canal di Sekinchan, Tasik Putrajaya dan Tasik Shah Alam.
Kalau ada yang rajin berbuka puasa kat Tasik Shah Alam, mungkin berpeluang tengok aku berkayak.

Tipu kalau aku kata yang penat aku semakin hilang.
Tak.
Masih sama.
Cuma kadang-kadang aku curi rehat bila tangan terlalu lenguh, kereta rosak, atau ada apa-apa kejadian yang menghalang latihan.

Hari Khamis, 21hb Ogos 2014.
Dua hari sebelum pertandingan aku dah sampai kat Tasik Putrajaya dengan Team Kayak JPS Selangor.
Perut aku terasa macam penuh dengan rama-rama.
Aku nampak buoy merah terapung ikut arus air dan angin di tasik.
Aku duduk mencangkung lama kat tepi tasik.
Apa perasaan ni?
Bencinya perasaan ni.
Tak rasa nak muntah atau sakit atau membuang apa-apa.
Lebih mudah kalau aku dapat keluarkan isi perut.
Tapi tak ada apa-apa.
Cuma perut rasa tak selesa.
Nasib baik masa test lane, rasa tak selesa tu hilang.
Mungkin sebab otak aku tak fikirkan pasal pertandingan tapi sibuk fikirkan pasal masa sprint.
1 minit 35 saat, masih tak cukup bagus.

Hari Jumaat, 22hb Ogos 2014.
Sehari sebelum pertandingan.
Semua atlit tak dibenarkan tidur lewat.
Coach urut atlit sebelum masing-masing masuk tidur.
Aku berani bagi urut tangan je.
Coach lelaki hoih! Bahaya.
Tangan tu pun sebab siang tu aku tersalah letak masa tidur.
Menggelabah kau, sebab tangan sakit sehari sebelum pertandingan.

Hari Sabtu, 23hb Ogos 2014.
Hari Pertandingan.
7.30 pagi.
Team dah gerak ke tempat pertandingan.
Nervous?
Heh.
Mestilah weh!!
Aku tak boleh nak duduk diam sepanjang masa.
Semua cakap aku aku tiba-tiba jadi hyper.
Sebenarnya, aku terlalu nervous hoi!
Siapa yang kenal, mesti tahu aku bila hyper jadi apa.

10.00 pagi.
Panggilan untuk kayak beregu perempuan.
Tenang. Tenang.
Paddle, check.
Foot race, check.
Seat, check.
Good luck, Kila.

10.20 pagi.
Ready. (dup dup)
Set. (dup dup)
Go! Celup!!

10.21.16 pagi
Kayak beregu perempuan JPS Selangor diumukan juara untuk pusingan semi-final.

Hari Ahad, 24hb Ogos 2014.
Hari Pertandingan Akhir Kayak.
9.20 pagi.
Panggilan untuk kayak beregu perempuan akhir.
Aku nampak Mohamad Fikri.
Aku nampak Pengarah dan Timbalan Pengarah.
Aku nampak coach.
Aku nampak En. Eddy, En. Nasrul dan En. Samdin.
Aku nampak Bos Fairuz dengan wife.
Aku nampak Azam, Ajak (kayak lelaki beregu) dan Abg Heri (kayak lelaki single).
Aku pandang Cik Siti.
Aku pandang Nano.
Aku pandang semua penyokong Team Selangor yang ada.
Aku terharu.
Aku bukan atlit.
Tapi sokongan yang ada buat aku bersemangat.
Ini bukan lagi main-main.
Ini pertandingan sebenar.

9.30 pagi.
Lepas bacaan doa, aku dan Cik Siti terus bergerak ke lane pertandingan.
Team Kedah (juara semi-final group B) berada di kanan.
Team Negeri Sembilan (tempat kedua kayak Group A) berada di sebelah kiri.

"Lane 3, sila ke belakang sedikit!"
Lane 3 adalah lane Team Selangor.
Team kita.

9.40 pagi.
Go!
(OH? Takde Ready, set, go?!! wtf?)
Aku nampak kiri dan kanan aku dah bergerak dulu.
Ini tak boleh jadi.
Aku terus kayuh sekuat mungkin.
Sia-sia je kalah lepas latihan yang teruk macam tu.

9.41.13 pagi.
Selangor JUARA!!

JUARA?!
Kita juara Cik Siti!!
Kita menang!!

Nasib baik aku sedar kitorang masih atas kayak.
Mahu je aku melompat atas tu sebenarnya.

Terus kayuh laju-laju nak sampai ke pelantar.
Ya Allah.
Syukurnya!
Satu azab dah selesai.
Juara ini satu bonus.
Bonus rezeki yang aku tak pernah sangka nak dapat.
Semua penyokong Selangor tersenyum.
Macam ini ke rasanya?
Macam ini ke rasanya kalau aku betul-betul jadi atlit?
Masya'Allah.
Baru aku faham.

Tapi cukuplah.
Cukup sampai sini je.
Aku bukan atlit.
Aku hanya pekerja kerajaan.
Aku akan anggap ini satu antara berpuluh mimpi indah yang aku rasa bertuah untuk rasa.

Terima kasih sebab bagi aku peluang untuk bermimpi indah.
Merasa meraih medal emas.
Untuk Selangor.


Ni video pertandingan akhir kayak beregu perempuan untuk tatapan bersama.


No comments: