June 23, 2014

Penat

Siapa kata kerja kerajaan ni senang?

Siapa cakap?

Siapa?!!


Aku rasa macam nak giveup kerja

Kerja berlambak-lambak

Lepas tu kau nak kena sabar menghadap bos bos besar yang multilevel kat atas tu

Okay, bos bukan satu masalah bagi aku sebab bos muda, boleh la satu kepala.

Kemudian muncul pula kerja tambahan contohnya arrange meeting, buat surat, susun senarai tugas, blablabla yang kau akan pikir,"seriously ke kau buat semua benda tu? Bukan sepatutnya ada orang lain ke yang in charge?"

Nope. KAU yang buat.


Aku boleh cool, boleh chill dengan apa yg aku buat

Walaupun dah berapa kali turun naik demam

Walaupun mc dari klinik kerajaan macam s**t susah nak dapat walaupun dah 4jam kau tunggu macam nak pengsan

Macam nak pengsan je kata doktor, tapi awak okay kan?

*terjun bangunan*


Aku jadi tak larat

Betul betul tak larat bila melibatkan aktiviti sukan

Aku dipaksa untuk join sukan kayak

Ye, mungkin awal aku yang cakap,"macam menarik."

But please weh, AKU STAFF BARU DAN AKU TAK TAU APA APA.

Ye, aku pernah main kayak, LAPAN TAHUN LEPAS

Dan badan aku ni pun bukan larat dah nak bersukan

Kalau larat pun, slow slow boleh la

Lebih dari empat tahun aku tak bersukan

Perut pun dah buncit

Tapi latihan kayak kau serupa macam aku ni atlit harapan negara

Aku.bukan.atlit.kalau.aku.atlit.aku.dah.jadi.atlit.bukan.pekerja.kerajaan.


Aku jadi semak

Aku rasa macam nak quit

Tapi tak ada calon lain pengganti aku untuk wakil kayak ni

Tangan aku pun dah berapa kali bengkak salah urat


*nangis*


Kadang-kadang aku doa yang tangan aku patah supaya tayah kayak

Tapi...tak elok.

Nanti susah nak kerja

Lepas tu takde orang nak kat aku


*nangis lagi banyak*






Tuhan, bantu aku.

No comments: