May 28, 2014

Darah Manis


Aku bermimpi kehilangan

Aku tak bersedia untuk kehilangan


Aku kaku

Aku keliru


Masih belum dapat dalam pegangan

Aku dah kehilangan


Iman aku mulai goyah

Dan mukaku semakin merah


Dari mengapa sehingga siapa

Dari dimana sehingga bagaimana


Aku diam

Aku kemam


Aku cuba mengingat suara

Aku cuba mengingat rupa


Sampai disitu sahaja perjalanannya?

Aku berulang kali bertanya



Aku terjaga dalam tangisan

Telefon ku capai dengan tangan




Abang dekat mana?

Kila mimpi abang meninggal dunia.

No comments: