Ceq nak habaq mai pasai tempat kerja ceq ni haaaa. Bukan pasai kerja ceqq, ni pasai lokasi tempat kerja ceq. Uihhh!!
Kepoci angatt angatt :3
If you guys ever been to SACC Mall or SACC Convention Centre, Shah Alam, mesti you guys perasan ada satu bangunan baru belakang SACC Mall. Walaupun dah bertahun wujud bangunan tu, you guys macam tak pernah ada niat pun nak jejak bangunan tu. Kan? Nak cuit guna ibu jari kaki pun takmau. Nama bangunan itu adalah Anggerik Mall dan itulah lokasi tempat aku bekerja sekarang.
Ni nak promote makanan kat situ. Kalau you guys bekerja area pusat bandar Shah Alam ni, meh la makan kat Anggerik Mall ni. Makanan sedap dan murah. Standard harga biasa. Air minum superb! *Two thumbs up* lagi lagi kalau order air tembikai atau mangga. Aku ada attach sekali gambar kak gayah yang buat air sedap tu kat bawah ni.
Kenapa aku cerita pasal makanan? Sebab waktu aku bekerja boleh dikira berbanding dengan waktu aku makan :3 Pagi breakfast, lepak dua tiga jam. Tengahari lunch, sambung lepak dua tiga jam. Petang sikit dah minum petang, lagi dua tiga jam.
Sistem bekerja kat sini agak unik. Orang yang bekerja kat sini pun mesra sebab kebanyakannya ada background bekerja dengan MARA atau masih lagi bekerja dengan MARA. Disebabkan ramai melayu yang bekerja di sini, gosip tu tak lari jauh, mesti ada punya.
Anak dara kat kedai akak yang jual nasi briyani tu cantik.
I'm using Samsung Galaxy Camera
No comments:
Post a Comment