October 25, 2012

Four different kind of love

Ohhh cemburu. Cemburunyeee. Cemburu dekat orang yang putus cinta dan bercinta semula. Tapi tahap cemburu takde la sampai nak tinggalkan encik hati. Dia hati saya, mana boleh campak merata rata tau.

I will tell u a story about four people, close to me. And right now, they are in four different kind of love relationship. This is true story. I  won't tell you who. But the person who read, will know who they are. Why did i tell you about them? Because they are important to me. And because, they found their love almost at the same month, between Ramadhan and Raya.



Cerita Pertama : Concert

Gadis pertama kita panggil dia si intan sebab dia ni nampak je macam kuat tapi jiwa dia halus. Intan mula mengenali seorang lelaki ketika pergi konsert, seminggu sebelum bulan puasa. Berhubung melalui sms beberapa kali dan membuat keputusan bertemu ketika bulan Ramadhan untuk berbuka bersama. Nampak manis sekali ketika mereka berbicara. Pada malam raya, Intan beritahu, lelaki itu tak reply sms dan ia berlarutan beberapa hari.

Hari raya, Intan mula resah. Si lelaki hilang begitu sahaja. Untuk sedapkan hati, aku kata, mungkin telefon dia rosak. Dan Intan senyap.

Aku kenal lelaki itu kerana dia juga ada pertalian dengan aku. Mungkin tidak secara terus, tetapi cukup untuk aku tahu beberapa butir perkara tentang dirinya. Intan cuba mengorek dari aku. Tapi aku tak mampu untuk membantu, kerana aku sudah berjanji dengan encik hati untuk tidak masuk campur dalam kisah cinta orang lain. Kerana jatuh bangun sesuatu perhubungan itu, mungkin aku adalah puncanya.

Bulan oktober, Intan pergi ke konsert dan lelaki itu ada lagi. Intan beritahu aku yang dia nak pura-pura merajuk atau menghukum lelaki itu. Aku sengih. Pulang dari konsert, Intan serabut dan mula meluah perasaan dan dia mula berada di dalam tekanan. Aku risau. Aku nak suruh dia hentikan, seperti yang aku pernah beritahu dia sebelum ni, kerana secara jujur, aku rasa dia lebih layak dengan lelaki yang lebih baik. She get a heart broken even before she start the game. Dan itu membuatkan aku juga sakit melihat situasi dia.

Intan berdegil mahukan lelaki itu. Aku hanya memberi support. Kalau mahu, usahakan sehingga berjaya dan pastikan berkekalan. Tetapi aku tak mampu nak memberi support dengan cara menarik dan memaksa lelaki itu untuk menerima dia. Itu bukan caranya. Biar semuanya terjadi dengan sendiri. Kan lebih natural? Mungkin dia terseksa sekarang, maybe one day, that guy will treat her right, the way she deserved it.

Dan Intan masih lagi sedang berusaha. Bila tengok Intan, aku tersengih sendiri. Aku teringat awal perhubungan aku dan encik hati. Selalu ada salah faham.



Cerita Kedua : Ex-boyfriend's Best friend

Kita gelarkan gadis kedua sebagai si manis sebab dia ni sentiasa manis je tersenyum. Si manis baru je putus cinta dari hubungan jangka panjang pada awal tahun 2012. Aku kagum bila dia membuat keputusan untuk membawa diri sendiri tanpa perlukan rebound relationship. Bagi aku, dia perempuan yang kuat. Tapi, terlepas juga beberapa kali dia menyebut nama bekas teman lelaki dia. Tapi dia masih kuat, kerana tiada air mata dalam percakapan dia. Cuma ada sesetengah malam bila dia sendiri, dia akan melayan perasaan.

Hari raya, si manis datang ke rumah dan perkenalkan teman baru. Eh? Aku tersengih. Aku suka teman baru dia. Bukan suka nak mengorat hokeh! Suka mereka berpasangan. Dan teman baru dia, tak janggal kalau nak berborak. Ye la, aku mengaku, aku TERmembandingkan teman si manis sekarang dengan yang dulu. Sebab tu aku cakap suka.

Korek punya korek, rupanya teman baru si manis, kawan kepada bekas teman lelaki si manis. Oh. Walaupun dia kawan kepada bekas teman lelaki si manis, tapi berbeza sekali sikap dan perwatakan mereka. Dunia ni tak besar, kadangkala orang yang kita dah kenal bertahun mungkin akan jadi pasangan kita di masa hadapan. 

Kisah si manis ni simple, kerana mereka simple. Dan perhubungan juga sebenarnya simple.



Cerita Ketiga : Cousin

Gadis ketiga, kita panggil dia si ayu. Bukan Ayu Candy tau! Haip! Bukan bukan. Tapi dia ni memang ayu tau. Manis bertudung. Sama la dengan Ayu Candy tuu. Sambung cerita. Si ayu ni pun baru putus cinta. Dia sama macam si manis, bertahan tanpa rebound relationship. Si ayu ni kuat sikit la dari si manis, sebab dia kenal dengan ahli keluarga bekas teman lelaki kerana bekas teman lelaki dia anak tunggal. Biasa la, parents si bekas teman lelaki ni mesti tanya, kenapa putus? Kenapa? Why? Why? Si ayu tenang menjawab persoalan mereka. Kemudian dia terus mendiamkan diri dari mereka. Normal la, parents mesti defend anak dia kan? Walaupun memang anak dia yang bersalah.

Hari raya, si ayu dan aku ikut si manis pulang beraya. Perjalanan ni berlaku selepas si manis perkenalkan teman barunya (Refer cerita kedua). Si manis kebetulan pula buat open house. Aku datang dengan niat nak jalan jalan cari makan. Kalau sempat mandi sungai, aku sanggup terjun juga. Si manis sibuk promote sepupu dia pada si ayu. Eh? Seronoknya main promote promote sepupu ni. Ahaha. Aku tak pernah pula promote sepupu aku dekat member member. Mungkin sebab aku pun dah lama tak jumpa sepupu sendiri. Pftt. Tapi kerugian la pada sepupu aku yang tidak dipromote, sebab si ayu ni memang ayu gilerrrr.

Diam diam si ayu dan sepupu si manis berhubung melalui Facebook. Tahu tahu je, si ayu nak pergi date yang pertama. Oh? Comel je tengok si ayu kelam kabut pilih baju nak keluar pergi first date. Aku nak keluar dengan encik hati pun pakai tshirt dengan seluar jeans selekeh je. Aku rasa next time nak keluar dengan encik hati, nak beria pilih baju dress dress juga la. Hehehe.

Sekarang ni, si ayu semakin rapat dan selesa dengan sepupu si manis. Walaupun perhubungan mereka ni tak official, tapi aku rasa mereka lebih senang begitu. Terus bertunang dan kahwin je, kan? Hehee.




Cerita Keempat : Ex-boyfriend

Gadis keempat dan terakhir ni kita panggil dia si gadis. Seorang yang lembut tapi degil. Tanpa sedar, si gadis kembali jatuh cinta kepada bekas teman lelaki. Yang menjadi persoalan, bukankah sebelum ni mereka sudah bercinta? Dan jarak masa di antara waktu mereka putus hubungan itu juga sudah agak lama. Aku bertanyakan soalan yang sama. Dan dia sendiri juga keliru. Dia juga cakap yang perasaan dia pada kali ni jauh berbeza dengan dulu. Lebih mendalam. Dia mula sedar tentang perasaannya pada penghujung hari raya.

Si gadis menanamkan tekad untuk mendapatkan kembali bekas teman lelaki dia. Beberapa pertemuan dengan bekas teman lelaki telah menyeksakan jiwa si gadis. Sehingga pada satu tahap, si gadis jatuh sakit. Si gadis tahu dia berada dalam tekanan dan dia juga tahu apa puncanya. Aku yang pada mulanya memberi dia support untuk kembali pada bekas teman lelaki, kini meminta dia melupakan semua usaha dia. Bukan bermakna lupa buat selamanya, kerana jodoh itu rahsia Tuhan.

Kini si gadis mula belajar untuk menerima orang lain. Walaupun sekali sekala si gadis beritahu dia bermimpikan bekas teman lelaki. Dan mereka bahagia di dalam mimpi.





Kesimpulan dari keseluruhan cerita, cinta tu biasanya datang sendiri. Tiba-tiba je kau suka dekat orang tu. Kadang-kadang dekat orang yang dah bertahun kita jumpa, kadang-kadang dekat bekas teman lelaki, kadang-kadang masa pergi konsert dan kadang-kadang bila kita pergi melawat rumah orang. Si ayu dan si manis berkomplot cakap aku je yang takde masalah dalam perhubungan. Eh? Hambui hambuii. Ada je masalah aku dengan encik hati. Cuma bezanya, aku dah settle down. Aku dah selesa dengan pilihan aku yang sekarang ni. Cuma tunggu next level je. InsyaAllah kalau ada jodoh. Doakan yang terbaik.




No comments: