September 20, 2012

Aroma Hijrah

Hari rabu, aku tak ada kelas. Seronok kan? Oh well, imaginasi untuk tidur or having fun the whole day tidak dapat ditunaikan bagi menghormati kematian.

Tok Anjang meninggal dunia malam tadi. Inalillah. Al-Fatihah untuk beliau.

Balik dari kubur, abah ajak singgah makan dekat Aroma Hijrah. Dia teringin nak makan nasi arab. Mentang mentang mama offer nak belanja makan tengahari, nasi arab terus menjadi pilihan di kalbu -..-

Restoran Aroma Hijrah
(Credit picture : Aroma Hijrah Facebook)

Owner Aroma Hijrah ni adalah sepupu mama, aku panggil cik Ani je. Sebelum dia dan suami buka kedai ni, ada banyak kali juga aku dan keluarga dapat merasa makan nasi arab dalam talam beramai ramai dekat rumah dia. Itu memang pengalaman hebat tahu! Kalau tengah lapar hebat, memang berebut kumpul nasi dalam "kawasan talam" masing masing. Terleka sikit, ayam kena curi orang setalam atau nasi kena korek dengan orang sebelah. 

Bersila sambil makan. Menarik kan??
(Credit picture : Aroma Hijrah Facebook)

Benda pertama yang aku nampak masuk kedai Aroma Hijrah ni adalah tempat duduk bersila dia. Hati dan jiwa meronta ronta nak duduk situ. Tapi aku kena follow aturan orang tua yang seronok duduk atas kerusi. Aku terpaksa pandang dari jauh je. Haih.

Buka menu, otak blur. Apa yang aku nak order ni? Banyak terms yang aku tak faham. Buka first page je aku dah mabuk tengok jenis jenis ayam. Ada Roasted chicken, Masywi chicken, Spiced fried chicken. Dengan gigi masih lagi sakit, buat aku hilang selera nak membuat pilihan. Pandang mama, aku cakap aku kenyang. Rupanya, bukan aku sorang je tak tau nak order apa, yang lain pun sama. Pandang menu dengan pandangan kosong. Haha.

Cik Ani terus offer bagi pendapat. Dia cakap, order family set la, campur campur ada ayam dan kambing. Boleh rasa semua sekali. Semua terus setuju.

Family set - all you can eat
(Credit picture : Aroma Hijrah Facebook)

Family set yang kitorang ambil macam dalam gambar atas ni. Cuma tukar satu kambing tu jadi ayam. Jadi, ada tiga ayam dan satu kambing. Sorry tak ada gambar sendiri. Nak tahu kenapa? Sebab bau dia masa baru sampai nak letak atas meja memang sedap sangat! Aku yang konon 'kenyang' tadi, dah hulur pinggan minta nasi. Abah dengan angah dah berebut senduk. Dalam situasi 'food attraction' yang sangat hebat macam tu, memang tak ada siapa pun yang sempat nak keluarkan phone.

Cik Ani ada explain jenis nasi, ayam dan kambing yang ada dalam talam tu. Tapi tembus keluar telinga. Sebab food dia sangat superb! Aku tak pandang kiri kanan T~T Seriously! Yang aku nampak kat ekor mata aku, abah dengan angah still berebut senduk lagi. Last sekali yang aku nampak, abah kaut pakai tangan semua baki nasi yang ada dalam talam. Aku dah tergamam part yang tu. Terus aku ambik ketul ketul kecil ayam yang ada dalam talam sebelum ayam habis. Tak padan langsung dengan situasi aku yang sakit gigi T~T

Nasi arab yang aku rasa memang sangat light. Tahu tak feeling bila kita makan nasi minyak or makan nasi selain nasi putih, kita boleh rasa heavy macam ada minyak dan buat kita rasa cepat kenyang? Nasi dekat Aroma Hijrah ni langsung tak buat aku rasa heavy. Aku ni sebenarnya cepat dapat rasa something yang berminyak. Kalau heavy, aku akan cepat berhenti makan, sebab konon 'on diet'. Plus, perut aku ni memang lain macam sikit. Perut orang gastrik kononnya. Tapi aku memang puji nasi dia. Tapi aku dah lupa nasi jenis yang mana satu. Sorry. Tapi Cik Ani cakap, beras dia memang import. Sebab tu sedap.

Ayam yang aku dapat adalah ayam roasted. Lembut sangat dagingnya. Sangat lembut. Sedap sangat makan. Sebab gigi aku memang tengah sangat sakit. Kalau gigit benda keras contohnya benda bergaring, gigi aku akan sangat sakit dan ngilu. Aku sangat bahagia makan ayam roasted tu. Masa tu rasa nak menangis pun ada. Sebab dah beberapa hari aku tak makan benda berdaging. Sehari sebelum aku makan nasi kosong tanpa lauk sebab gigi aku sakit sangat. Bila rasa ayam tu lembut, aku terus tambah lagi nasi. Sebab itu petanda yang aku akan makan banyak. Haha.

Aku tak dapat rasa kambing. Abang cepat betul habis makan -..- Tapi abang kata daging kambing ni sedap sangat. Langsung takde rasa hanyir atau bau kambing. Cik Ani explain, itu kambing biri biri. Import dari Australia. Patut la sedap sangat. Kambing mandi rupanya. Hehehe.

Aku dengan still lagi 'on swing mood' order air suam je. Sebab perut pun tak berapa sihat. Tiba tiba lepas dah selesai makan, husband Cik Ani bagi rasa air teh arab. Dia nak bawa satu teko, aku dengan mama yang konon kononnya tak minum teh arab tolak. Suruh bawa dua cawan je bagi abang dengan abah rasa. Kami orang perempuan tak minum air teh arab. Aiceh. Konon nya lah.

Tapi sampai juga la air teh arab satu teko. Bagi abang dengan abah rasa. Tuang lagi bagi mama dengan Mak Tam rasa. Tuang lagi bagi angah dengan aku pula rasa. Last last habis juga satu teko -..- Teh arab berpudina. Sedap!!

Farihin Abdul Fatah pun makan sini tahu!
(Credit picture : Aroma Hijrah Facebook)

Aku bukan tak pernah makan nasi arab dekat tempat lain. Pernah je. Cuma mungkin tak ada yang menarik perhatian aku. Lagipun nasi arab kat tempat lain, aku cepat rasa heavy. Dengan kemesraan Cik Ani dan suami serta makanan dia yang sangat sedap, buat aku rasa nak promote sangat sangat. Sebab aku memang pasti akan makan dekat Aroma Hijrah ni lagi. Confirm!

Secara jujur, masa aku tengok menu, aku rasa harga makanan dia mahal. Tak kisah la walaupun owner dia makcik aku pun. Tapi bagi aku yang student ni, still mahal. Bila aku dah rasa makanan dia, aku rasa harga dia tak sesuai. Patut lagi mahal T~T sebab sedap sangat.

Kepada yang teringin nak pergi Restoran Aroma Hijrah ni, boleh la buka official Facebook Aroma Hijrah. Ada alamat dan nombor telefon untuk booking. Masa bulan puasa, sila booking!

Kalau tahu Politeknik Shah Alam, dah boleh pergi Restoran Aroma Hijrah la tu. Hehe. Ataupun balik shopping kat Space U8 pun boleh singgah restoran ni sekali.


Selamat mencuba dan menjamu selera. Nyum!

No comments: