June 01, 2012

Trapped in old memories

Aku suka lihat manusia bercinta.
All sweet and innocent.

"Awak dulu." "Awak la dulu."
"Kita kongsi makan eh?"
"Awak ni nakal la."

Then, sudden break up.

"Tepi ah! Aku nak lalu."
"Sial punya jantan. Menyesal aku kenal kau."

It happened. Still happen. And will happen.

Aku suka berada di sisi mereka ni. Aku suka membuat kajian sendiri.

Apa perubahan yang berlaku. Apa tindakan yang mereka bakal buat. Perasaan excited bila nak berjumpa. Bergaduh. Berbaik. Bergaduh balik. Curang. Tuduh menuduh. Jatuh cinta semula. Putus hubungan. Menangis. Kecewa. Tindakan yang mereka akan buat bila kecewa.

Dengan mendengar cerita dan menilai mereka, aku kadang kadang dapat menilai perangai manusia.

Aku tak pernah kata semua lelaki itu sama. Kerana mereka memang tak sama. Begitu juga perempuan. Tiada yang sama. Tetapi, cara mereka bercinta ini selalunya berkait rapat dengan orang sekeliling atau apa yang sedang berlaku pada dia.

Aku sendiri pernah jadi antara manusia yang mengikut musim. Kamu tahu ada musim yang di panggil musim putus hubungan? Yeah. Musim itu ada. Musim itu terjadi bila ada lagu sedih baru keluar. Semua seolah menghayati lagu itu dan membuat keputusan ingin putus hubungan.  Actually that happened tanpa sedar atau di luar kawalan masing masing. Aku malas nak terangkan lebih lanjut mengenai musim putus hubungan ni.

Aku mungkin antara manusia yang suka berada di sisi orang yang baru putus hubungan. Why? Untuk bagi support. Aku akan dengar cerita dia dulu dan kemudian decide samada dia akan rugi let go that person atau dia patut move on. Tapi keputusan aku selalunya berubah ubah ikut masa. Sebab orang putus cinta ni, dia suka cerita keburukan pasangan. Dah lama lama, baru la dia ingat benda benda baik yang pasangan pernah buat. Haih.

Kalau aku decide and suruh dia move on, aku akan sentiasa update dengan situasi dia. Sebab aku tak nak dia buat benda bodoh. Tapi aku just update biasa je. Selebihnya terpulang pada diri dia sendiri. Aku bukan jenis yang masuk campur sangat dalam hidup orang. Cuma aku taknak mereka ni buat kesilapan yang sama aku pernah buat dulu. Kalau diorang decide nak buat silap, aku nak diorang buat kesilapan tu dengan aku. Aku nak control the damage yang mereka bakal buat. Just aku taknak tengok diorang hancur dan hanyut.

Tapi aku akan rimas gila dengan people yang "trapped in old memories". Orang macam ni memang aku akan menjauhkan diri. Dia trapped dalam memori lama dia sendiri dan tindakan dia tu boleh merosakkan orang sekeliling dia sekali. Sebab dia akan menarik sekali orang dalam memori lama dia. Walau macam mana orang tu berusaha tarik dia keluar dari memori tu, dia tetap berdegil taknak keluar. Kalau dia degil sorang takpe la juga, tapi dia melibatkan orang lain yang mungkin ada masalah sendiri. Please jangan pentingkan diri sendiri. Bukan orang tak tolong kau, orang dah cuba bagi kau semangat tapi kau sendiri yang reject. Jangan sampai satu satu pembantu kau tarik diri. Masa tu kau akan terus hanyut dan trapped dalam ilusi kau sendiri.

Bagi aku, kau hanya layak "trapped in old memories" selama sebulan je. Seminggu untuk kau nak menyanyi ke, meroyan ke, nak menangis ke, kau nak luah perasaan bagai. Seminggu sahaja. Minggu kedua kau harus slowly terima keadaan. Cuba sibukkan diri. Once in a while kau masih lagi boleh meroyan. But not much. Minggu ke tiga kau harus sedar yang kau dan dia bukan lagi satu pasangan. Tapi sekali sekala kau nak teringat dia, boleh di maafkan. Tapi kau dah tak patut tarik orang untuk dengar masalah kau sorang. Minggu ke empat adalah minggu terakhir. Kau patut move on.

Semua orang pernah trapped in old memories. Once in a while.


No comments: