February 27, 2012

mixed

Second day.

Bangun tidur terus check handphone. Tak ada misscall. Awal awal lagi dia dah bagitahu, dekat sana mungkin dia tak dapat telefon langsung. Terpandang wallpaper telefon. Senyum.

Masa result exam keluar, dia manusia paling bising sebab aku tak dapat DL. Bukan patut aku ke yang kecewa sebab tak dapat hadiah dari dia? Tapi aku masih bersyukur, sekurang kurangnya result aku tak seteruk macam aku masa diploma dulu. Ada satu je C. Tak ada yang kena repeat. Alhamdulillah.

Hari ni teman kakak cari rumah sewa lagi. Susah juga nak mencari rumah sewa untuk family area shah alam. Standard rate apartment yang ada guard seribu lebih.

Aku tak suka kalau terlelap petang petang. Mesti pening kepala. Nak rehat sekejap mesti terbabas lebih lebih. Kurang ajar punya setan. Kau pengaruh aku tidur lebih lebih.

Selalu waktu macam ni aku akan call dia bagitahu segala aktiviti yang aku buat hari ni. Lepas tu akan tanya dia apa aktiviti dia hari ni, balik pukul berapa, malam ni tidur mana, sambil pesan itu ini. Nasib baik aku dengan dia hanya call sehari sekali. Cuma kalau ada hal penting je baru call banyak banyak kali. Jadi aku tak terasa gatal tangan nak call sesiapa luah perasaan. Nampaknya aku terpaksa luah perasaan dekat benda tak bernyawa ni la selama beberapa bulan.



No comments: