December 25, 2011

malay wedding door gift trend

Still remember zaman dulu dulu bila pergi wedding, kau mesti dapat telur rebus. Pemberian telur rebus sebenarnya bermaksud kesuburan. Aku tak berniat nak melucah pun kat sini. Zaman dulu dulu, orang kahwin untuk meneruskan waris dan memiliki anak. Selalunya orang tua tua akan suruh anak anak mereka untuk memiliki anak seramai yang mungkin. Sebab tu orang zaman dulu-dulu ada ramai anak. Bukan macam zaman sekarang ni.

Mula mula orang bagi bunga telur. Bunga, telur rebus berwarna dan pulut kunyit. Kemudian orang bagi telur bunga tanpa telur berwarna dan tanpa pulut kunyit dah. Telur rebus biasa je. Pulut kunyit atau pulut kuning ni orang selalu bagi masa majlis berkhatan je. Itu yang setahu aku la.



Nak jimatkan lagi kos, orang mula tukar bunga telur kepada kotak telur. Dan orang mula bagi gula gula dalam kotak telur tu khas untuk budak budak yang datang wedding. Mungkin aku rasa orang dah tak tahan bau kentut budak budak yang makan telur rebus ni. Dan aku masih ingat zaman dulu dulu punya wedding, masa aku kecik, mesti bersepah sepah kulit telur rebus tu sebab budak budak kecik suka makan dengan kicap. Aku tak pasti budak budak zaman sekarang ni pernah makan telur rebus dengan kicap sahaja. Sedap weh!! Tapi tak digalakkan makan kalau lepas tu kau nak jumpa orang. Sebab kentut bau telur rebus sumpah busuk.

Akibat kentut busuk sangat, orang mula bagi bunga sabun. haha. Aku gurau je. Tapi seriously lepas trend kotak telur, orang mula bagi sabun yang diukir berbentuk bunga. Rajin betul orang yang ukir ni. 

Lepas trend bunga telur, orang bagi bunga telur bertangkai. Tak pasti korang ingat atau tak, tapi bunga telur bertangkai ni ala ala bunga telur juga, cuma dia tak ada pencucuk tajam tu, dia ada tangkai besi dan seketul bunga besar dan rantai rantai atau riben yang dibiarkan panjang.


Gula gula pula orang mula letak dalam bekas bulat bujur bentuk macam telur berwarna emas. Kemudian orang bagi sapu tangan dengan hiasan cantik. Kadang kadang dia buat sapu tangan tu bentuk ala ala macam kek letak dalam bekas plastik.

Kipas dalam sarung organza yang berwarna mengikut tema pilihan pengantin. Cupcake, sudu dan garfu, beg terima kasih, kek bahulu, kotak kayu, kotak mengkuang and the list go on.

Puh! Panjang betul listnya. Aku nak cerita pasal the latest trend je pun sebenarnya. 

The latest trend adalah, orang bagi goodie bag TERIMA KASIH dengan isi junk food dan air kotak atau air mineral.

Walaweh! Junk food is the latest trend! And peti ais aku pun dah penuh dengan air kotak pelbagai perisa. 

The best wedding door gift yang aku dapat my whole life is Chocolate Forerro Roche!!


For all bride and bridegroom yang baru kawen, wish you all the best and the happiest wedding you all ever have.



*wondering apa pula trend masa aku kawen nanti. hurmm~

No comments: