Pernah tak masa tengah makan kat kedai, tiba-tiba kita dapat rasa macam ada orang perhatikan kita? Terus kita pandang orang yang perhatikan kita tu. Masa tu juga tiba-tiba dia boleh pandang kita straight tanpa rasa segan.
Aku boleh optimist dan fikir dengan positif yang dia mungkin tengah termenung.
So, aku decide untuk pandang balik orang yang perhatikan aku tadi selepas beberapa minit. Mungkin masa tu dia dah tak termenung. Kan?
*selepas beberapa minit*
Oke. Kita tengok balik orang tadi.
Dia dah tak pandang dah. Tapi bila aku pandang dia, dia pandang aku balik tiba-tiba.
Awkward.
Dalam hati, "Kejap abang, saya tak main mata atau perhatikan abang. Serious! Saya cuma nak check abang termenung lagi ke tak?"
Cepat cepat aku alih pandangan ke tempat lain. Tapi dah start rasa janggal sebab terasa macam aku pula yang nak mengorat orang yang mula-mula perhatikan aku tadi. Lepas dari tu, setiap kali terpandang orang tu, orang tu mesti pandang aku balik.
Masa tu terasa macam nak balik rumah terus. Taknak makan dah!
No comments:
Post a Comment