July 13, 2011

kata ganti nama diri


aku selalu melalui awkward moment atau situasi janggal bila baru kenal seseorang. aku tak pasti sama ada nak panggil kakak, abang, adik, awak, kamu, engkau, you atau nama sahaja.

kenapa aku ambil berat sangat dengan nama panggilan? sebab aku tak mahu orang salah faham. aku tak ada masalah dengan kawan perempuan. but still kalau baru kenal aku masih tak pasti apa yang aku nak panggil. aku selalu bermasalah dengan lelaki. sama ada dia salah faham atau aku yang salah faham. both way sama sahaja bagi aku sebab salah faham boleh jadi punca kepada apa sahaja yang bakal terjadi.

aku sangat rimas dengan guys yang selalu fikir yang kalau kita cakap baik dengan dia, kita sebenarnya suka kat dia. what the f?! no no NO! saya guna saya-awak atas dasar hormat sebab kita saling tak mengenali. kalau saya terus cakap aku-engkau dengan awak, awak fikir saya ni ganas pula. habis hilang sifat perempuan melayu terakhir saya. kalau saya cakap i-you dengan awak, awak fikir saya ni perempuan yang pentingkan darjat dan harta dan lupa sifat sifat melayu serta terlalu barat. 

i'm so confuse

once dah masuk alam kerjaya, i-you adalah panggilan biasa. sama seperti waktu aku bekerja di echopark. tetapi, kalau kau bekerja di syarikat melayu, kata ganti nama diri adalah saya-awak-kamu. tetapi, kata ganti nama diri yang paling selamat buat aku adalah aku-kau. entah kenapa aku rasa bila kau mula berborak aku-kau dengan seseorang, seseorang itu mudah rasa selesa dan anggap kita betul betul kawan tanpa simpan apa apa perasaan atau salah anggap. ini hanya terjadi dengan kawan melayu ye. kalau kawan yang berbangsa lain, aku selalunya guna i-you. i-you juga boleh buatkan aku rasa selesa dengan seseorang.

tetapi, kalau dari permulaan aku dah mula panggil aku-kau, agak susah untuk aku patah balik panggil seseorang itu dengan panggilan lain. tapi aku patut tetapkan pendirian dengan guna satu kata ganti nama diri sahaja. aku pilih kata ganti nama diri i-you sebab agak sesuai untuk semua situasi. mungkin aku patut cuba. mungkin juga aku patut mulakan disini?



4 comments:

Hadiran Nibum said...

aku setuju. i-you paling praktikal. maybe kena tukar mengikut situasi. huhu.

kiki said...

yup3. kena cuba. baru tau.

samad ahmad said...

I x baca abes pon pe yg U tulis tu...ahaha..

yg penting I nak komen gak kat sini...ekekeke

U...U... I nak gtau U laa..... *tangan di dada mata pandang atas =P

kiki said...

ahahaha. OMG! *tangan di dada mata pandang atas* >.<