July 30, 2011

kamu yang cantik, ini khas untuk kamu





ladies
aku nak korang dengar lagu ni
lirik dia di sini
kalau boleh ulang, ulang banyak banyak kali
sebab aku tujukan kepada kamu semua
kalau boleh dengar lagu ni sambil baca
sebab aku dengar lagu ni sambil menulis

lagu nsync yang ini sentiasa ada dalam playlist lagu aku
aku sukakan nsync
bukan kerana diorang hot
tapi lirik lagu dia sangat manis
lagu dia boleh membuatkan jiwa aku terbang
lagu dia juga membuatkan aku lebih yakin diri
walaupun lagu dia dah berzaman
aku masih boleh rasakan perasaan yang sama
setiap kali aku dengar

ada beberapa lagu nsync yang aku mahu letakkan disini
tapi aku taknak kamu pening dengar banyak banyak
biar la satu lagu ini

untuk semua angel yang membaca blog aku ni

kita semua dilahirkan cantik
dengan jiwa yang bersih
hati yang tenang
jangan palitkan kekotorang dunia pada diri kamu


aku sebenarnya sedikit kecewa
bila dengar ada teman yang terlalu takut diri dia tak laku
jangan takut
percaya pada Tuhan yang maha esa
Dia akan bantu

kadang kadang aku sedikit terkesan
bila ada teman yang mengatakan
"kau comel, ada rupa, senang la kau cakap"
kamu silap, sayang

rupa bukan segalanya
kita akan tua
rupa itu akan pudar
rupa itu akan hilang

yang akan tinggal hanyalah diri kamu

jadilah wanita
yang yakin pada diri sendiri
cintai diri kamu sebelum kamu cintai orang lain
tapi itu juga tidak bermakna yang kamu harus pentingkan diri

hentikan sikap kamu memburukkan orang lain
tidakkan kamu sedar?
ketika kamu memburukkan orang lain,
kamu juga telah memburukkan diri kamu sendiri?

hentikan sikap kamu merendah rendahkan orang lain
adakah kamu terlalu hebat
sehingga tiada siapa boleh merendah rendahkan kamu pula?

kita dizaman moden
kalau kamu rasa kamu kurang cantik
mekap ada untuk betulkan kekurangan itu
mungkin juga kamu boleh cucuk vitamin c
atau mungkin pembedahan plastik
segalanya mungkin
kamu hanya perlukan sedikit kerajinan

tapi tak ada alatan moden
yang dapat bantu kamu jika hati kamu busuk
jiwa kamu kotor
dan mulut kamu yang kasar berbicara itu

tidakkah kamu perasan
hati yang busuk, jiwa yang kotor
boleh dilihat dari muka?

pernah dengar frasa
"muka tak ada seri"?

pernah dengar juga frasa
"muka baik"?

mulakan hari kamu dengan bersangka baik
berfikiran positf

jika sesuatu yang buruk terjadi pada diri kamu,
berdoalah pada Tuhan untuk bantu kamu
itu mungkin dugaan dia untuk kamu

hanya orang yang disayangi Allah sahaja yang akan di uji
jadilah kuat untuk diri kamu
andai kamu masih tidak terdaya
fikirkan mengenai ibu bapa kamu

tahukah kamu
hanya dengan memandang, bersalam, atau berbicara dengan ibubapa
hati kamu boleh tenang setenang tenangnya

andai kamu bergaduh dengan ibubapa kamu
mohonlah maaf pada mereka
kamu tidak takut andai anak kamu
melakukan benda yang sama kepada kamu pula?

tak sakit pun minta maaf
bukan minta duit

dan
jangan sesekali membalas perbuatan jahat orang
kita bukan Tuhan untuk menilai dan memberikan hukuman
doakan yang terbaik
doakan agar dia terbuka hati untuk menilai semula tindakan dia


mungkin berat untuk memulakan sesuatu yang baik
kamu patut tahu
walau sehebat mana bangunan yang wujud di dunia ini
ia tetap dimulakan dengan seketul bata yang kecil

begitu juga kamu
untuk jadi seorang yang hebat
kita boleh mulakan dengan tindakan yang pertama
mungkin kecil bagi kamu
kita tak tahu apa akan jadi di masa hadapan

bantu membantu sesama kita
tak perlu wujud sifat hasad dengki
sifat tu tak bawa kita kemana
dah la dapat dosa, orang pun benci kat kita


sebarkan senyuman kamu
dapat pahala tahu
senyum tu kan antara sedekah yang tak ternilai harganya

:)






aku ulang lagu ni sepanjang aku tulis post ni
aku pun dah tak tau berapa kali aku ulang

1 comment:

yuyu said...

sy sdg terbang mndgr lgu ni~
best.sy rs cntek (: