July 12, 2011

apa bakti kau pada negara?

Tanya diri engkau apa bakti engkau pada negara, jangan tanya negara apa bakti pada diri engkau. Susah nak jadi orang kalau macam itu. - pakcik depan sogo

aku manusia biasa. manusia kerdil yang percaya pada Tuhan dan balasan dari Nya. aku ingin sumbangkan bakti pada negara tetapi bukan dari segi politik. entah kenapa, aku bencikan politik. terlalu banyak kekotoran didalamnya.

aku suka dengar cerita cerita orang tua. bukan berborak, cuma mendengar. mana kau sangka yang hidup mereka masa muda adalah lebih gempak dari kita. mana kau sangka pakcik yang kau nampak sememeh itu sebenarnya suatu ketika dahulu adalah seorang lelaki yang terhormat. jangan nilaikan orang.
aku tak boleh nampak kiblat Allah tu dengan duit. - pakcik depan sogo
sudah berulang kali aku katakan, aku paling takutkan pada manusia. apa bila mereka mahukan sesuatu, mereka mampu membunuh. kuasa, harta dan duit mampu membuatkan manusia itu lupa. masih ingat masa kecik, bila kau nak gula gula dan mak tak bagi duit? kau sanggup buka dompet mak dan ambil duit diam diam atau mungkin kau pergi kedai dan kau ambil gula gula secara sembunyi sembunyi. kau terus lupa yang mencuri itu berdosa. kalau tak ada orang tegur, kau tetap akan teruskan aktiviti kau tu kan? sampai bila?

biar aku miskin tapi aku ada ilmu di kepala.
biar aku di sini tetapi martabat aku mulia. 
- pakcik depan sogo

aku masih ingat cerita atok aku pasal kedatangan jepun. lain orang, lain versi. atok masa kedatangan jepun, dia masih kecil. atok sempat bersekolah di bawah pentadbiran tentera jepun. setiap kali dia cerita mengenai kedatangan jepun, dia mesti akan nyanyi lagu sekolah jepun dia tu. dan aku akan tersenyum melihat dia tenggelam dalam kenangan. atok aku terlalu sayangkan kenangan dia tu. dia sangat sukakan orang jepun. dia teringin nak pergi jepun. bila aku tanya tentang korea, atok tetap akan katakan yang dia tak suka orang korea. atok kata,"orang korea ni kasar kasar. main ketuk ketuk je kepala orang. tak ada hormat langsung." itu pendapat atok aku, pendapat orang tua. tapi aku layan juga drama korea.


semakin maju, aku rasakan semakin hilang nilai nilai moral yang ada dalam masyarakat. bila kau tegur budak kecil yang main game, kau akan dijeling sebab mengganggu konsentrasi. bila kau lambat ke kelas atau pejabat, habis semua orang kau langgar langgar dan terus pergi tanpa meminta maaf. bila sesuatu terjadi, habis semua orang keliling kau marah, kau maki. 


aku bakal mati hancur dimakan bumi - pakcik depan sogo


kita belajar sejarah bukan untuk ulang kesilapan yang sama. kita belajar sejarah sebagai pengajaran dan panduan agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. kalau kau bengap juga tak faham, tak guna juga kau duk hafal tarikh kedatangan jepun ke malaysia tu.

5 comments:

Taufan Bin Ribut said...

caiyok pak cik sogo...aku suke kate2 beliau ..


Entri terkini : Bro,gua pon pakai p1 wimax gak lah!
Entri sebelum :Aku vs Camera dan korang yang gile camera
Watch my video songs ^_^

Hadiran Nibum said...

suka 14juta kali dgn entry kau yang ni

Unknown said...

Dengar kata kata dia, saya menangis. Betapa politik sekarang kotor. Ini antara jawapan kenapa saya tak sokong perhimpunan Bersih :'( Entah mana yang layak mendapat undi entah. Moga Allah beri saya dan semua orang petunjuk.

Anonymous said...

logically

fairus said...

PAKCIK DEPAN SOGO TU LEBIH BERFIKIRAN POSITIF...