ini adalah kisah sebenar cara aku menghadapi putus cinta. secara jujur ini cara sebelum aku kenal encik hati yang sekarang. so agak childish but it really works.
hari pertama dan hari kedua putus cinta
aku akan nangis banyak banyak banyak puas puas puas sampai basah katil basah baju basah cadar banjir satu malaysia. yep. aku menangis puas puas. selagi kau tak menangis, selagi kau tak admit yang hati kau hancur luka remuk jadi debu, selagi itu kau sebenarnya masih tak terima kenyataan. selagi kau tak terima kenyataan, keadaan kau umpama berada dalam sangkar yang penuh duri. setiap kali kau bergerak, kau akan rasa sakit. trust me, memang sangat sakit.
luah la pada sesiapa mengenai perasaan kau. pada orang, pada buku, pada pokok, tiang, makcik kantin, pakcik driver bas atau pada apa sahaja yang kau rasa boleh membantu. tetapi yang pasti bukan pada ex kau. lagi sekali aku cakap, BUKAN PADA EX KAU.
kenapa aku cakap jangan cerita pada ex kau? aku soal kau balik, apa yang kau harapkan lagi sebenarnya dari dia? back together? untuk apa? kalau kau luah pun pada dia, kalau dia setuju untuk terima kau balik pun, atas dasar apa? dia akan terima kau atas dasar kasihan. berapa lama hubungan itu akan berlangsung? dan kau sendiri tahu yang pengakhirannya tetap dalam keadaan yang sama. for what? dua kali putus dan dua kali hati kau remuk? sanggup?
secara jujur, seseorang itu mengambil masa yang lama untuk minta putus hubungan dari seseorang. dia akan pertimbangkan segalanya dan pada ketika dia minta putus itu adalah ketika dia berjiwa kering. ketika itu, memang sudah tiada harapan untuk back together.
unless, dia minta putus dalam keadaan mabuk or it is just gurau gurau. not in a condition yang dia serious dan minta putus sepuluh kali. enough.
minggu pertama dan minggu kedua putus cinta
jangan jadikan orang sekeliling kau sebagai objek luah perasaan. bukan kau sorang je yang pernah putus cinta. duduk diam diam sudah. memang orang keliling kau akan sibuk tanya keadaan kau. separuh dari mereka tanya kerana mereka memang betul ambil berat tak nak kau terjun bangunan. separuh dari mereka tanya kerana nak buat gosip terbaru dan nak kau terjun bangunan. whatever pun, kau kena sabar.
sibukkan diri kau. aku tau memang susah. bila telefon kau dah tak berbunyi, tak ada sesiapa pun yang nak ingatkan kau pasal apa apa. bila kau pandang sekeliling, kau hanya nampak orang orang yang bercinta je. padahal masa kau bercinta dulu takde la seramai yang kau nampak sekarang. kau tak nampak sebab kau pun di antara manusia yang sibuk bercinta sampai tak sedar dunia keliling.
for a few week ni memang ada sesetengahnya terlibat dalam rebound relationship. rebound relationship ni adalah bercinta main main atau dalam bahasa melayunya, skandal skandal. aku la antara manusia yang pernah terlibat dalam skandal skandal selepas putus cinta ni. ini semua kerana nak lupakan si dia. tapi itu kisah lama.
bila hati kau mula sebak [selalunya terjadi bila kau keseorangan] cari tempat yang tenang. betul betul tenang. duduk diam diam dan cuba tenangkan diri kau. kalau nak menangis pun, menangis la. mungkin dengan cara itu, kau akan lebih tenang. tapi bila dah selesai, ambil wuduk dan sembahyang.
bulan pertama dan bulan kedua putus cinta

belajar untuk berjalan dengan sendiri. kalau kau tak mulakan sekarang, kau akan tetap mulakan satu hari nanti. why not sekarang?
fikir tentang perkara perkara yang positif. mungkin tuhan nak selamatkan kau dari si dia dan mahu tunjukkan kau perangai sebenar si dia sebelum korang betul betul attach dalam perkahwinan. dia mahu kau belajar jalan jatuh sebelum kau dapat berlari.
bulan bulan seterusnya
segalanya datang berpasangan. kalau kau gembira, kau akan sedih. kalau kau ada kawan yang gempak, kau akan dapat bf yang tak gempak. kalau kau jenis ceria, kau akan dapat pasangan yang emo. kerana itu aku katakan yang kau memang takkan dapat pasangan idaman korang. kau akan dapat pasangan yang bertentangan dari sifat sifat kau. kalau ada persamaan pun, sikit sikit. mana mungkin anak manja berpasangan dgn anak manja. siapa yang nak jadi tegas dan garang?
nasihat aku, teruskan hidup. this is not the end. ini hanya permulaan untuk sesuatu yang bagus. yang paling paling penting, kau harus sentiasa senyum. fikir positif. aku tahu, kau tahu dan semua orang tahu yang hidup ini memang sukar. kau tak perlu nak susahkan lagi hidup kau dengan jadi sensitif atau terlalu fikirkan apa yang orang lain fikir. terima apa sahaja yang terjadi dalam hidup kau seadanya dan sentiasa muhasabah diri. bukan kau sorang je yang pernah hidup susah dan bukan kau seorang sahaja yang di uji oleh tuhan. mungkin ini masa untuk kau belajar jadi kuat.
Sometimes Allah shows you signs by troubling you; because He wants you to come back to Him. Open your eyes.
bila cinta datang lagi
tenang dan senyum. jangan terlalu excited. ingat, bila kau terlalu gembira, kau akan terlalu sedih. bersederhana dalam segalanya. dan jangan ulang kesilapan yang kau pernah lakukan. jangan terlalu berharap yang dia adalah yang terakhir. kalau tuhan nak uji kau lagi, dia akan uji. tarik nafas perlahan lahan. tenang dan senyum.
**bila setiap kali orang yang dikenali baru putus cinta, aku selalunya tergamam. aku nak cuba bantu atau at least buat sesuatu. tapi aku tak mampu. that moment aku rasa sangat berat hati.
No comments:
Post a Comment