April 03, 2011

jatuh cinta lagi



aku pernah ceritakan mengenai teman baru bernama qiqi [sebutan : cici]. qiqi adalah sejenis telefon bimbit yang pintar [bacaan : smartphone] berjenama blackberry 9800 a.k.a torch berwarna putih.

cinta ♥

semalam, genap seminggu qiqi berada disisi aku senang dan susah. aku na ceritakan mengenai qiqi a.k.a buat review pasal blackberry torch.

ini adalah blackberry pertama yang menjadi milik aku setelah berhempas pulas menahan perasaan bila melihat orang pakai blackberry, akhirnya satu blackberry menjadi milik aku.

benda pertama yang aku nak cakap, blackberry torch best weyh!!! oke. diam kau kiki. silalah pakai blackberry ramai ramai. peace!

kenapa aku pilih blackberry torch instead of bold, curve or even iphone? benda pertama yang aku pandang adalah luaran dia. of course semua orang akan pandang luaran before pandang dalaman. right? sama la macam kau pilih teman hidup. dari mata turun ke hati. kan? blackberry torch ada both touchscreen and qwerty keyboard and the best thing is, its also slide. oooh! i love slide phone ♥. rasa macam hebat hebat je bila slide depan orang walaupun orang pandang dengan takde perasaan. 

ini cinta pertama ♥

bila dah cintakan luaran, kau mesti nak faham dia, kau mesti nak kenal hati budi dia. aku pun duk la google segala ciri dalaman yang ada. [kan best kalau kau boleh google untuk kenal hati budi orang]. features dia ala ala iphone. yes, iphone adalah handphone yang menjadi pilihan hati aku suatu ketika dahulu kerana kepantasannya respond pada jari jari halus mulus ku seperti juga handphone LG crystal GD900 yang juga pernah bertakhta dalam hati. ada pinch and zoom [baca : cubit dan zoom].

aku ringkaskan la. apa yang aku suka kat torch ni sebab kau kalau nak tau detail, kau pun boleh google. blackberry messenger adalah benda pertama yang aku mahu! free message. sape tanak? then 5mp camera. touch screen, slide, qwerty keypad. package internet yang murah. aku pakai prepaid. kalau smartphone yang lain semua kena ambil package internet. aku tak mampu. *nangis nangis* dengan blackberry, aku boleh ambil BIS package yang maxis offer. sehari RM2.50, seminggu RM7.00 dan sebulan RM20.00. untuk manusia yang addicted dengan facebook, twitter, foursquare dan ym macam aku, memang elok sangat la. dan yang penting, torch miliki latest software, blacberry 6 yang membolehkan pengguna menggunakan internet dengan lebih pantas.

kekurangan dia pula. yela, semua orang ada kekurangan. termasuk la torch. auto focus bagi camera torch agak lambat. tapi once dah fokus, snap dia sangat pantas. kau tengah menganga pun dia boleh tangkap. ada certain waktu, bila terlalu banyak social feed, dia akan sangkut sekejap sebab loading untuk bagi semua feeds masuk dulu. itu je kot kekurangan dia. O.O

biasa la, persaan memiliki sesuatu yang kau sayang adalah sama seperti perasaan sayang pada manusia. kau mahu tetapi kau juga takut akan kehilangannya. setiap hari aku berdoa agar qiqi kekal dengan aku buat selamanya.

amin.


i miss you ♥







**oh. kalau kau pusing pusing torch, on-screen keyboard dia pun ikut pusing pusing. hahaha! seronoknya main pusing pusing! weeeeeee!!

No comments: