April 04, 2011

jangan buang bunga itu. mungkin ia masih berguna. atau kau patut simpan sebagai kenangan.

mungkin aku ada kata aku suka kat kau. aku sayang kat kau. aku seorang yang jujur, teman. aku akan jujur untuk benda yang baik. [baik la bagi aku]. kalau aku masa tu aku rasa sayang dengan kau, aku akan cakap direct aku sayang dekat kau. kalau aku suka kat kau, aku akan direct cakap aku suka kat kau. aku bersikap kebudakan. ya, aku sangat kebudakan. kerana aku diajar untuk jujur pada perasaan. cuma aku tak dibenarkan meluahkan kemarahan. hanya itu sahaja larangan aku. pesanan dari mama untuk tidak membuat orang benci pada kau.

kerana itu aku selalu disalah anggap oleh ramai orang. orang salah faham dengan suka aku dan sayang aku. sudah aku katakan aku mudah untuk jatuh sayang. untuk 'kanak kanak' seperti aku, sayang dan suka aku itu seperti seorang adik, seorang kakak, seorang emak atau mungkin seorang nenek. untuk aku jatuh cinta seperti suatu masa dahulu, mungkin tidak. kerana cinta itu sudah hilang dari kamus hati aku. sudah hilang di ambil orang. sudah terlalu lama hilang.

cuma selepas beberapa kejadian yang aku lalui sejak aku sekolah, sifat jujur aku mula berkurang dan semakin berkurang ketika aku memasuki zaman plkn. meningkat semula semasa diploma dan menurun semasa bekerja. lebih lebih lagi selepas kejadian berat itu. aku takutkan manusia dan sifatnya. sikap jujur semakin berkurangan. jujur yang aku ada sekarang ini cuma baki baki sahaja. itupun masih sukar untuk digunakan. aku lebih banyak mendiamkan diri. mungkin kau nampak yang aku memang banyak cakap, tetapi ini hanya separuh diri aku yang tinggal. diri aku banyak menghilang bersama masa, bersama manusia manusia itu, bersama kenangan kenangan itu.

manusia itu sejenis hidupan yang menakutkan. kau cakap a, yang sampai hanya b. kau mahu ayam, kau dapat babi. kau senyum, kau kena bunuh. kau buat tak tau, kau dikira bersubahat. kau ada rahsia? gosip tersebar. kau diam, kau bersalah. kau bercakap, kau dikira melawan. kau melawan, kau dikira memberontak dan dibuang negeri. kau pusing je kepala, kau kena tikam. kau kaya, dituduh mencuri. kau memerintah, kau kena terima rasuah atau kau kena bunuh. bila kau dah terima rasuah, kau kena tangkap.

kejujuran itu sudah hilang. dan salahkah untuk aku berlaku jujur? kejujuran yang aku pamirkan sekarang hanyalah untuk teman teman perempuan aku. tidak bermakna aku tidak jujur pada teman teman lelaki aku, cuma aku lebih mudah untuk memerhati. bukan aku tidak pernah mencuba untuk pamirkan kejujuran itu, aku sudah cuba. baru sedikit aku pamirkan, aku sudah disalahfaham. aku tidak mahu ia berulang. aku tidak mahu kisah itu berulang. cuma sebilangan sahaja yang aku berani untuk jujur. sebilangan kecil.

tapi, bila aku kata "aku sayang kau. jujur aku sayang kau." aku memang jujur, aku memang ikhlas mengatakan itu. bukan untuk mainkan hati kau. bukan untuk bagi kau perasan. tetapi kau harus faham kedudukan sayang aku tu. sayang sebagai apa. kau harus faham.

kerana itu aku berulang kali kata, mereka tak mahu faham. mereka cuma menilai tanpa bertanya. kerana itu juga aku lebih mudah mendiamkan diri. dan aku dipandang enteng.


layu



**sedangkan teman aku dari kecil pun tak faham aku. inikan pula kau selaku orang luar. *senyum sinis*

No comments: