*annoyed*
jantan! kau jangan ganggu aku lagi boleh tak? aku benci pemikiran bangang kau! aku benci ayat rempit kau, aku benci soalan bangang kau, aku benci sifat tak faham bahasa kau, aku benci perangai penipu kau! nak berkawan pun aku dah tak minat. kau nak kata apa pun, pergi mamp la.
betina! kau suka suka masukkan aku dalam group kau yang sibuk mengumpat pasal artis. aku tak suka! lepas tu kau suka suka masukkan aku dalam group jual barang online. kalau aku nak beli barang pandai pandai la aku cari sendiri!
yang berhormat! kerja yang diberi banyak, masa yang diberi sedikit, itupun nak tambah lagi perencah tambahan. memang yang berhormat nak membunuh. membunuh jiwa yang semakin lemah dan hancur.
*menangis*
kerja banyak. masa sikit. idea kering. aku pun tak pasti bila kali terakhir aku pergi berhibur selain dari yang aku pergi baru baru ni. aku mahukan rehat yang panjang. yang sangat panjang tanpa gangguan sesiapa. kadang kadang aku macam nak minta pil tidur. supaya aku dapat tidur macam sleeping beauty. tidur beratus tahun dan putera raja yang kacak datang selamatkan aku.
aku cuma mahu ruang rehat. tenangkan diri. hanya aku. sendiri. tanpa semua drama.
2 comments:
Sabar ye nak...
baik ayah.
Post a Comment