kali ini aku nak bercerita tentang lelaki desperate. lelaki desperate ni suka tonton cerita desperate housewife. oke. tipu je. lelaki desperate yang aku maksudkan ni, lelaki yang desperate mencari teman wanita. ada banyak jenis dan cara lelaki desperate ni bergantung kepada tahap desperate masingmasing. aku nak ceritakan tentang lelaki desperate yang pemalas.
lelaki : helo. hai awak.
perempuan : siapa ni?
lelaki : saya [isi nama disini]. nak berkenalan dengan awak boleh? awak [isi nama disini] kan?
perempuan : . . .
lelaki : awak sibuk ke?
perempuan : tengah buat kerja sikit.
lelaki : saya ganggu ke?
perempuan : eh, tak. *sinis*
lelaki : boleh ke saya nak berkenalan ni?
perempuan : takde masalah. berkawan biar ramai. betul kan?
lelaki : betul tu!! saya setuju. bilabila awak free, kita keluar minum boleh?
perempuan : *dalam hati* eh? baru kenal dah ajak keluar?
lelaki : boleh ke, wak?
perempuan : saya sibuk. sampai teman lelaki *nada ditekankan* saya pun dah lama tak jumpa saya.
lelaki : oh, awak dah ada teman lelaki?
perempuan : ha'a.
lelaki : . . . *talian terputus*
*dialog ini hanya rekaan semata. tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia*
ada ke lelaki macam ni? secara jujur, ada. cuma mungkin tak ramai kerana masih ramai yang berbudi bahasa. bezanya, lelaki yang berbudi bahasa, dia akan masih layan tetapi slowly akan mendiam dan menjauhkan diri.
aku pantang sikit dengan lelaki yang nak berkenalan melalui telefon ni. tak kira la sms ke, call ke ataupun video call. sebab apa? sebab kau dapat nombor aku secara kurang ajar. kau takde telur ke [maaf] nak mintak nombor telefon secara berdepan?
aku akui yang memang takkan ada perempuan yang nak bagi nombor jika diminta. aku sendiri pun begitu. kenapa? sebab aku tak kenal kau, kau nak harap yang aku bagi nombor personal aku dekat kau?! entah perogol, entah perompak. keselamatan diri itu penting.
kalau betul kau nak atau minat dengan perempuan tu, usaha sendiri. kenalkan diri. ambil tahu tentang perempuan itu. facebook dah memudahkan usaha korang. itupun malas lagi.
lelaki macam ni memang aku takkan jadikan teman lelaki. nak tahu kenapa?
pemalas
dapat nombor telefon cara mudah tanpa usaha
mudah berubah hati
mungkin juga sepanjang dia jadi teman lelaki aku, dia buat benda yang sama dengan perempuan lain. O______O
kurang ajar
kau tak hormatkan privasi perempuan dan nampak sangat nombor telefon perempuan itupun dijaja.
pemalas
oke. aku sebut sampai dua kali. sebab obvious sangat yang kau tu pemalas. tak mahu berusaha. harapkan semua benda sampai kat kau tanpa angkat punggung. huish~ menyirap aku dengan jantan macam ni. kalau dah kahwin ada anak, dah confirm yang tukang jaga anak adalah si perempuan sebab yang jantan tak mahu angkat punggung. kan?
wahai lelakilelaki budiman di luar sana, tolong jangan buat macam ni. jangan nampakkan betapa pemalasnya diri anda. aku tahu korang mungkin tak malas. cuma desperate. jangan lakukan kesilapan sebegini. kebanyakan perempuan tak suka termasuk aku.
*updated* kepada lelaki budiman, jika benar anda ikhlas untuk berkenalan, rasanya tak perlu tanya 'boleh ke kalau saya nak berkenalan?' dan jika sudah berkenalan, sesekali, pada waktu lapang, tanyakan khabar sebagai kenalan jika dia sudah berpunya.
1 comment:
like like like like like
Post a Comment