hebatnya penangan cinta. ya. sangat hebat. lebih hebat jika ia adalah cinta pertama. siapa yang mampu lupakan cinta pertama dia? itu bermakna itu bukan cinta pertama, itu cinta monyet. bak kata orang putih, puppy love [cinta hanjeng].
apa jadi bila cinta itu berakhir?
diam.
berkongsi cerita dengan teman tentang kisah kekasihnya yang mula berubah hati membuatkan aku teringatkan kisah aku suatu masa dulu. teman umpama bekas kekasih aku dan kekasihnya adalah aku. aku bebas terbang seperti burung dan kekasih ketika itu hanyalah sebagai sarang. bila sarang rosak sedikit, aku akan jadikan itu sebagai punca untuk aku terbang ke sarang baru yang aku jumpa ketika aku terbang bebas tadi. mana mungkin aku pulang kembali.
cinta. *gelak sinis* perlu ke? kadangkadang aku rasa seperti mahu sahaja aku campak dan buang hati aku. lebih lebih lagi bila hati terluka, terguris, dipijak, dilambung, ditikam dan sebagainya. sakit. kadangkala sakitnya membuatkan aku sesak nafas. dan ada masanya pula mahu sahaja aku hantukkan kepala untuk buang segala memori itu.
bila aku ditahap ini, memandang balik diri aku suatu ketika dulu, aku hanya mampu diam dan memikirkan semula kesilapan aku. mahu sahaja aku menasihatkan yang lain supaya jangan bercinta jika dia bukan cinta yang kamu tunggutunggu. nanti kamu hanya akan melukakan hati pihak lagi satu. cukupcukup la dengan apa yang ada. tapi, siapa yang mahu dengar pesanan aku? cinta, tarikannya terlalu kuat. siapa yang bisa mengelak dari terjebak?
ada yang bercinta kerana trend. bila semua orang break, dia pun sama tibatiba nak break juga. jangan buat macam tu. cinta bukan mainan sebab ia melibatkan hati dan perasaan pihak lain. bukan kau sorang je.
kalau betul mahu tapi tak yakin perasaan itu ada, jangan declare. berkawan dulu. sekurangkurangnya tiada pihak yang terluka. mungkin terluka tapi tak dalam lukanya. pastikan dulu perasaan itu.
dan kalau dah declare, jangan giveup. semua masalah boleh diselesaikan. berbincang, bertolak ansur, percaya, jujur dan setia. jangan berhenti separuh jalan. macam kau tengah drive kereta la. kau kat tengahtengah highway, tibatiba kau tak larat, boleh ke kau terus berhenti tengah jalan? kau nak mampus?! mahu kena langgar dengan kereta kat belakang. tak pasalpasal kau jadi punca kematian orang lain.
mati disini aku kaitkan dengan hati. bila terluka, sebenarnya hati seolaholah mati. kerana itu bila orang putus cinta, mukanya pucat tak bermaya kerana sebahagian dirinya mati. jalan pun dah macam zomba. [ce cite ce cite]
kenapa nak putus? sedangkan kau dah bercinta bagai nak rak. ke hulu ke hilir berkepit. kenangan dah tercipta. kalau otak tu boleh diformat balik, senang nak delete memori tu. tapi kau dah cipta memori yang mungkin tak mampu untuk dipadam oleh memori manusia yang tiada recycle bin.
apa pengakhirannya?
No comments:
Post a Comment