January 20, 2011

oh iMac

aku rasa aku sudah jatuh cinta pada iMac. tapi kenapa la kau ni mahal sangat? aku nak iMac. iMac. iMac. iMac. [pergh! kalau baca lama-lama macam nama ex kakak aku lak]

akhir tahun lepas abang aku dah beli MacBook Pro. rasa seronok je kan? aku jeles. bila la aku nak kerja dan berharta? boleh la aku kumpul duit nak beli segala benda yang aku nak. kadang-kadang tu terdetik dalam hati nak join iklan-iklan kat facebook yang konon buka facebook dapat duit. tapi aku tengok orang yang iklankan tu bukan la kaya mana. kayap ada la.

iMac paling murah pun RM3,899. itu yang PALING MURAH oke. aku taknak MacBook since aku dah jatuh cinta dengan lappy yang aku ada sekarang. lappy aku yang sekarang ni pun bukan murah mahu beli. tapi bila kira-kira balik, hampir sama harga dengan iMac yang paling murah tu. weyh! mana aku dapat duit sebanyak tu ye dulu?!

kau tahu kenapa aku ambil degree graphic design? semata kerana teringin nak sentuh iMac yang termahal tu. *sob sob* masa aku diploma kat perak, aku pernah lalu area graphic design punya kelas. dekat sana, kalau tak silap, setiap student ada satu table masing-masing yang ada complete set komputer yang ada monitor yang besar tahap gaban. kau tahu tak gaban tu besar mana? gaban tu besar lebih kurang 30 inch. flat skrin u know! aku hanya mampu memandang dari jauh je la. O____O

mama mesti kata, skrin besar-besar nak tengok apa? mesti la nak tengok design. [alasan yang kurang munasabah dari aku] sebenarnya skrin besar-besar tu sebab puas nak main game dan tengok drama korea. ngeh3. dapat tengok bulu hidung pelakon korea tu pun aku dah cukup puas.


dah puas berangan. aku nak gi mandi la. [pergh! gila tak senonoh dah tengahari tak mandi-mandi lagi] hari ni kan cuti untuk perayaan thaipusam? enjoy la bangun lambat kan? asek bangun awal je. [ye la kau!]


bagi yang menganut agama hindu, selamat menyambut perayaan thaipusam. ^^
**cakap pasal thaipusam, dah lama aku tak nampak orang bawak kavadi lalu kawasan perumahan aku.

2 comments:

Lee Yna said...

alasan yg ko bg kt mama adalah alasan paling kukuh..sbb bila da keje pon kakak aq kata kalo kt department design mmg sume pakai skrin besar..per barang skrin kecik2..yg pakai skrin kechik2 admin jer..kekekkee...

kiki said...

kekeke. betul3. aku setuju!