January 22, 2011

hari pertama ke kelas

hari ni hari pertama aku berjaya menjejakkan kaki ke kelas. aku tersangat excited nak pergi kelas sampai aku terlewat masuk kelas. [tapi kau sempat lagi breakfast dekat mamak seksyen 16 kan?]

kebetulan hari ini hari terakhir hantar borang aktiviti kokurikulum. aku dah print siap-siap tinggal nak hantar. elok je aku bagi kakak tu, aku terperasan yang kakak tu pregnant. aku dengan segera angkat kaki lepas bagi kertas tu tanpa banyak cakap dengan harapan aku tak touch kakak tu. dah 20 langkah aku blah, kakak tu kejar aku dari belakang. rupanya aku tak complete isi. takpe la. petang nanti aku hantar. balik tu aku merungut sorang-sorang "ish. kalau akak tu berjangkit cikenpok aku ni macam mana? takkan aku nak jerit buat pengumuman satu dunia yang aku kena cikenpok?"

selesai kelas, aku terus balik dan settlekan hal borang tu. print semua terus pinjam kereta abah dan terus straight pergi fakulti dan bagi kat kakak tu. oke. cukup rasanya tugas aku.

"dik!"

ish! apa lagi ni. aku kalau boleh nak cepat-cepat blah jauh dari kakak tu. sekali lagi, borang aku tu tak sempurna. takkan aku nak balik? buang masa aku je. tak pasal kena marah dengan abah. nak tak nak kena tunggu turn komputer dalam bilik tu. aku dah serba salah. harap-harap tak berjangkit la kat akak tu. puh kiri puh kanan.

ada 3 orang lelaki kat komputer tu. sorang tengah isi, lagi dua tengah tolong member dia isikan aktiviti. yang mamat tukang isi borang tu boleh main gurau-gurau pula dengan member dia. "aktiviti keusahawanan? hari tu kita ada jual budu dengan belacan kan? *gelak gelak*"

eish! rasa cam na sepak je mamat ni. cepat la isi borang tu!

5 minit. masih lagi mengisi aktiviti. dia punya tekan huruf kat keyboard tu     satu    satu

10 minit. sorang minah masuk. pandang aku. senyum. aku balas sambil angguk. "puan azizah yang mana satu?" aik? sebab aku senyum dan angguk terus ingat aku staff situ? sambil sengih aku jawab aku tak tahu sambil tunjuk kat kakak pregnant.

15 minit. geng mamat tu sampai. sekali masuk ramai-ramai lepas tu serentak pandang aku macam aku ni alien. sorang tepuk bahu mamat tu "weyh, buat kat rumah je la. lambat la. nak sembahyang jumaat lagi." bagus! aku rasa macam nak peluk je member dia yang tegur tu. 

tambahan masa 2 minit. semata nak logout dari sistem. aku rasa kalau aku berak pun aku masih sempat cuci lagi sementara tunggu mamat ni buat kerja.

kosong je meja. sepantas kilat halilintir dan 2 alam aku isi borang tu. sekali tak boleh print. tiba-tiba sampai junior sekolah menengah aku merangkap senior fakulti aku. dia pun sama nak isi borang. takpe la. print sekali dengan dia. settle.

aku terus blah pergi library nak settlekan surat cinta yang aku terima. suka-suka kata aku tak pulangkan buku. aku dah pulangkan la semua! [dengan keyakinan diri tahap dewata walaupun sebenarnya aku sendiri tak pasti yang aku dah pulangkan atau belum] sementara tunggu staf lagi sorang cari buku tu dekat rak, aku dah tanya siap-siap berapa denda yang aku kena bayar? sekali buku tu buku mahal. convert ke ringgit jadi rm139 dan itu tak termasuk denda rm20. dalam beg aku ada sekeping not rm50 dengan tiga keping not rm10. dalam poket ada lagi tiga keping not rm1 itupun terselit tiba-tiba ada. aku dah terdiam. errr. hutang boleh kak?

staf lagi sorang sampai. sekali sah memang aku dah pulangkan. hah! kan betul! cecewah! tiba-tiba aku jadi lebih garang dari tadi. settle.

sekarang tinggal nak cari kotak mainan. target nak cari kotak barbie. sekali tengok harga rm89, rm 119, rm 129. oke cukup. round lagi. mak aih! harga mainan pun da nak sama dengan harga barang keperluan harian. set starwars rm399. bodoh macam tu je. patung je pun! ada gitar. teringat caca. harga rm 49.90. skg duit aku tinggal sekeping not rm50 selepas terbeli beg harga rm33 tadi. duit parking singgit. kalau aku beli harga rm49.90, baki seposen je. cukup ke nak bayar parking jap lagi ni?

akhirnya aku dapat beg baru setelah sekian lama mengidam
takpe la round lagi. nampak patung ultraman. patung biasa-biasa je bukan life size pun. harga rm23.90. wah! oke dah ni. tapi asal kotak dia buruk sangat? eh. ada gambar raksasa la! lect kata kena lukis semua gambar. O__O raksasa banyak ketak-ketak, otot pun kental-kental, ada ekor sisik-sisik. tukar. malas nak lukis banyak.

then aku ternampak luke skywalker yang sangat comel! harga lebih kurang dengan gitar tu je. takpe. yang penting lukisan dia senang. terus beli tanpa pikir panjang sambil mulut terkumat-kamit doa yang dalam purse ada lagi duit syiling cukup seringgit tuk bayar parking.


godek-godek purse. ada duit syiling cukup singgit. alhamdulillah. terus balik rumah sambung tidur.



sempat lagi nak posing posing dengan beg baru






**sesiapa yang mahu kena cikenpok boleh hubungi saya menggunakan talian tetap atau talian tak berapa nak tetap bergantung pada angin ahmar.

2 comments:

Huzai Mansor said...

Aku nak Luke tu! Beli kat mana tu? Hahaha

kiki said...

cis! Luke je ko nampak. aku beli kat shah alam mall. ada set kot. tapi mahal! tercirit aku nak bayo.