well, entah macam mana aku boleh tersinggah satu blog, sylver-room. dia menceritakan tentang kelebihan seorang anak bongsu dan kekurangan menjadi anak bongsu. most of it aku setuju. credits goes to the owner of the blog kerana memudahkan aku untuk bercerita perihal anak bongsu seperti aku.
penulis listkan lima kelebihan dan lima kekurangan. enough to show people how we [anak bongsu] feel. however, aku nak juga cerita on my part of anak bongsu since not everyone sama pengalaman hidup.
aku follow list penulis asal.
kelebihan anak bongsu
1. baju sentiasa baru
aku rasa untuk yang ini aku kurang setuju sebab aku masukkan kategori pakaian dalam list kekurangan anak bongsu. aku jarang dapat baju baru. selalunya baju aku stok-stok baju lama atau baju tak muat milik kakak dan abang. aku masih ingat, masa kecik aku selalu pakai baju abang untuk aktiviti ganas dan baju kakak untuk aktiviti lembut gigi dari lidah. sampai ke besar [sekarang], aku masih lagi memakai baju kakak-kakak aku. well, of course aku dah tak pakai baju abang dah tapi bertambah koleksi dari kakak ipar. tapi mungkin kelebihan bila stok baju aku berlambak mengalahkan artis dan bila harta mereka hartaku juga.
2. birthday party tak pernah miss
ini aku setuju. ada je hadiah dari kakak dan abang. dari kecik membawa ke besar. cuma bila dah besar aku tak expect banyak untuk birthday party since birthday aku hujung tahun. selalunya semua orang tiba-tiba short of money.
3. sentiasa menang dalam pergelutan
aku jarang terlibat dalam pergelutan adik beradik sebab aku memang jenis tak suka cari pasal dengan pihak atasan [abang dan kakak]. tapi kalau bab main komputer, memang aku jarang nak mengalah. zaman dulu komputer kongsi-kongsi, bukan macam sekarang. aku pula memang hantu main game. kadang-kadang lebih 4jam aku menghadap komputer. kakak bising la macam mana pun. memang haram la untuk aku beralih. paling tak pun dapat jawapan kerek dari aku. "nanti la!" bila mama dah tegur, baru la aku beralih. itupun minta masa tambahan. bab tv aku setuju. tiba-tiba sampai cerita kartun aku, mesti on time buka.
4. sampai paling awal
aku takde la gaduh siapa sampai paling awal. tapi selalu berebut seat dalam kereta sebab tak muat. nanti mama pun panggil la aku duduk depan dengan dia. tapi mungkin memang anak bongsu je dapat duduk depan dengan mak. O___O itu aku no comment. tapi yang pasti, bila perjalanan jauh macam balik kampung, aku akan dapat kelebihan untuk tidur terlentang atas peha semua kakak dan abang sedangkan mereka kena tidur dalam posisi duduk menegak.
5. kenduri kahwin paling grand
ini aku tak pasti sebab aku tak kahwin lagi. tapi dengar cerita dan harapan dari mama dan babah, nampak gaya memang macam tu la. tapi harapan untuk kenduri kahwin paling grand tu la paling stress bila permintaan parents yang tiba-tiba nak buat kat hotel dan tiba-tiba nak ada katering. konon tak nak sama dengan kakak abang. mana aku nak cekau duit banyak-banyak? memang aku berdoa je la kakak abang sanggup nak tolong dan turun padang.
6. peluang dari segi pelajaran lebih cerah
ini tambahan dari aku sendiri. anak bongsu selalunya yang terakhir untuk tamat alam persekolahan. bila parents tengok yang anak dia yang lain semua dah kerja, dah kahwin. anak bongsu la harapan dia untuk mengimbau kenangan silam, zaman-zaman ada anak pergi sekolah. jadi, mereka suka galakkan anak bongsu sambung belajar atas alasan abang kakak boleh tanggung walaupun sebenarnya tak.
kekurangan anak bongsu
1. tiada dahi untuk disekeh
aku amat setuju! sedih sebenarnya jadi anak bongsu. bila kakak sulung marah kakak kedua, aku la tempat pelepasan kemarahan kakak kedua. sampai turn aku, nak tak nak aku diam je. kadang-kadang aku keluar rumah marah kucing, kalau tak pun, marah cicak. tak pasal-pasal je binatang jadi mangsa kemarahan aku. tapi apa la sangat kemarahan aku. aku memang tak reti marah pun. bila aku tengok jiran aku marah adik-adik diorang, selalu je aku tegur. kesian adik kau. sambil teringat diri sendiri.
2. bukan idola
aku suka tengok apa yang kakak dan abang aku buat. well, pengaruh komik dari abang dan pengaruh make up dari kakak. serta pengaruh memiliki teman lelaki juga dari mereka. aku setuju dengan penulis "...Tapi pernah dengar tak abang jadikan adik bongsu sebagai idola? takde kan. At least bukan adik bongsu, sebab......... bongsu kot, berhingus lagi.Nak sembang lebat pun tak tau kat sape..."
3. kerap kena bebel

4. mudah hanyut ke lembah kebinasaan
:)
5. lonely
tempoh pra-matang yang pantas. itu aku setuju. anak bongsu sebenarnya manusia yang paling banyak belajar dari pengalaman kakak, abang dan parents. dalam kes aku, parents termasuk sekali sebab tiba-tiba rajin pula mereka ni berkongsi pengalaman dengan aku bila abang dan kakak aku semua dah keluar rumah.
memandangkan aku perempuan, dalam kes aku, aku lah manusia yang paling susah nak keluar rumah. zaman abang dan kakak aku, diorang suka menggunakan alasan bawa adik keluar berjalan padahal nak pergi dating. nanti aku terkulat la sorang-sorang. kalau teman lelaki atau teman perempuan mereka ada bawa adik juga, ada la geng aku. kalau tak, haremm aku berjalan sorang tanpa arah tuju.
bila semua orang dah keluar dari rumah ni, perhatian semua terarah pada aku. ye la. tinggal aku sorang je kat rumah. perhatian yang terlebih. aku tak perlu kot semua perhatian-perhatian ni. untuk mengelak dari perhatian-perhatian agung ni, aku suka duduk sorang dalam bilik dan layan blog seperti sekarang.
-------------------------------------------------
so, apa perasaan korang selaku anak sulung, kedua dan pertengahan?
No comments:
Post a Comment