aku masih teringat hari pertama aku cuba buat blog. bila tengok sepupu aku, abang aku ada buat blog, aku pun berkobarkobar nak buat blog dengan tujuan untuk dijadikan diari harian [sebab buku diari aku selalu hilang. aku syak mama baca]. biasalah, mulamula ada blog bukannya aku terus tahu semua benda. sepupu aku la yang mengajar buat itu ini tapi tak banyak yang dia dapat ajar pun sebab jarang dapat berjumpa dan yang dia ajar pun basic. ada masa senggang, aku godekgodek dan faham sendiri. aku rujuk encik google untuk segala tutorial.
masa awalawal ni aku terasa loser gila bila tengok blog orang lain yang lebih gempak. bila bukabuka ada flashflash rambang. bukabuka ada segala macam link ke merata tempat. bukabuka blog ada salji jatuhjatuh. bukabuka blog terpampang gambar awek comel tersengih macam kerang busuk. bukabuka blog terbuka kain orang. oke. tipu je.
![]() |
serious aku rasa loser gila |
aku terus tak aktif blog buat seketika. mungkin kerana rasa kagum dan rendah diri. cuma sekalisekala aku update juga cerita diri sendiri. bila terbuka blog gempak, terus rasa rendah diri balik. aku buat keputusan, taknak buka blog orang selagi tak improve blog sendiri.
tapi semakin lama aku ada blog ni, aku semakin banyak pula blog peribadi yang aku discover. bila buka blog member, ada link ke blog orang lain. dekat blog orang tu ada link lagi, buka lagi. buka, buka, buka, sampai kadangkadang aku tersesat dalam dunia blog dan tak jumpa jalan pulang. terus aku klik pangkah dan tutup komputer.
![]() |
inilah yang aku rasa masa mulamula ada blog |
sekarang, berkat aidilfitri, aku semakin maju dalam bidang blogalisasi. walaupun aku masih terasa loser dan lost bila buka blog orangorang hebat.
kadangkadang in real life aku tengok orang tu biasabiasa je. sekali buka blog dia, puh! follower dia ribanriban. terkagum sebentar. tapi aku mengamalkan budaya hidup sihat untuk tidak memiliki follower yang ramai. sebab selalunya follower yang ramai ni, mesti ada anon yang komenkomen pedas. aku ni pula jenis mudah menangis. mahunya sambil berborak dengan mama aku boleh bantai menangis sebab teringat anon punya komen. tak ke kelamkabut nanti orang tua tu. [walaupun sebenarnya memang takde sape nak follow aku pun T_____T]
menulis dalam blog ni pun mengikut mood dan ruang masa. macam sekarang, aku memiliki terlalu banyak masa senggang yang boleh membuatkan aku berlenggangkangkung goyanggoyang pinggul seperti inul. ewah!
**oh! thx pada yang sudi follow dan jadi silent reader. arigato!
**oh! thx pada yang sudi follow dan jadi silent reader. arigato!
2 comments:
I pun mula2 kagum giler tgk blog yg follower dy beribu-ribu. i read somewhere tips utk naikkan trafik + dpt followers yang ramai, salah satunya mcm join forum blogger yg bantu kita promot blog mcm gengblogger.com tu. for me kalau follower beribu2 ni, utk fanblog atau news blog sesuai la kan.. but personal? hrmm i think baik kenalan rapat or org yg berkaitan dgn hidup kita yg follow pun dah cukup. sbb ctr personal kan, so i agree with u sis! huhu
owh lagisatu, i pun prnh rasa teringin nk followers 1000+ macam tu, but someone told me "kalau mcmtu biasanya org tu follow blog kita dgn harapan kita akan follow dy balik" i was like, oh tak bestnya! coz i'm quite selective utk follow blog org. blog yg cara penulisannya tak menarik, taknak follow :P
hehehe
yup. teringin juga mahu followers riban. tapi tak mahu la juga bila begitu jadinya. huihuihui.
Post a Comment