aku bercerita soal hati lagi. dalam musim-musim demam peperiksaan ni, aku na bawakan kisah lari dari kertas peperiksaan, nota pensyarah dan past year question. aku sendiri perlu larikan sedikit fikiran aku.
cinta. satu benda yang sukar untuk ditafsirkan. cinta pada tuhan. cinta pada rasul dan nabi. cinta pada ibu bapa, keluarga. cinta pada kawan. cinta pada si dia.
soal cinta dengan manusia, bukan untuk mainan. lebih lagi ia melibatkan hati. manusia sanggup mati demi orang yang mereka sayangi. sanggup berubah demi orang yang mereka cintai.
aku nak bercerita mengenai cinta pada si dia, seorang manusia, seorang yang tidak dikenali berubah menjadi seorang yang disayangi berubah menjadi seorang yang dibenci.
cinta. satu perkataan yang mampu terbitkan senyuman, air mata, jelingan, kenangan semua dalam satu ketika. indahnya kurniaan tuhan yang satu ini.

lelaki cinta pada seorang perempuan yang dipuja. terlalu memberi kebebasan. sekedip mata si dia sudah berada di dalam kereta lelaki lain.
ramai yang kecundang pada cinta.
perempuan terpaksa berhenti dari pembelajaran kerana mengandungkan benih cinta si lelaki yang belum lagi menjadi suami.
lelaki masuk penjara kerana mempertahankan perempuan yang dicintai.
aku? aku juga memiliki kisah cinta yang tersendiri. kisah hitam dan putih. aku pernah kecundang kerana cinta. dan kini aku naik juga kerana cinta. mungkin bila aku kata aku juga manusia normal yang juga pernah berfikir untuk mengakhirkan hidup sendiri pada mata pisau adalah pelik. tapi ia nyata.
kejatuhan aku pernah menjadi buah mulut. tapi percayalah, segala yang terjadi, ada hikmah disebaliknya.
kepada teman-teman ku. jangan cintakan pasangan kamu sepenuhnya. simpan sedikit untuk diri sendiri. bukan niat aku untuk kamu pentingkan diri. tapi ketika kamu jatuh, ketika kamu menangis meraung, ketika kamu memegang pisau di atas nadi, ketika kamu jatuh terduduk, ketika kamu kehilangan semua orang untuk berpaut, yang tinggal hanya lah diri kamu. hanya diri kamu sendiri yang mampu bangkit. tidak akan ada sesiapa yang akan mampu bantu kamu keluar dari kemelut itu. kecuali diri kamu itu sendiri. sayangi diri kamu. tubuh sempruna kurniaan dari tuhan. tubuh yang hanya milik kamu.
bila orang kata kamu bodoh. kamu bukan bodoh. cuma kamu terlalu naif untuk menempuh kehidupan ni. biarkan. biarkan itu semua jadi pengajaran. biarkan luka itu berdarah. biarkan air mata itu mengalir. rasakan kejatuhan itu. bila hari esok tiba, mulakan hari itu sebagai orang yang baru. seorang yang tabah.
kadang-kadang aku menangis bila aku dengar kisah teman-teman yang kecundang dalam permainan ni. kalau aku mampu, mahu sahaja aku kongsikan kasih aku dengan mereka. tapi aku tak mampu. aku hanya mampu berada di sisi dan meneman mereka menghadapi hari-hari gelap mereka.
tapi aku tahu, manusia itu mana bisa seorang. kerana sunyi itu musuh ketat bagi semua insan.
4 comments:
betul..sokong sgt2..pedih bila dtinggalkn..bahagia bila bersama..kn3???hehehe..
yup3.. bergantung pada empunya badan.
maksud u??
cinta pada Allah jua yg hakiki..
Post a Comment