August 26, 2010

Si Merah

Si Merah


Kasut bertuah aku telah menggigit kaki aku kali ni. Membuatkan aku terfikir, adakah dia marah kerana aku da lama ta menggunakan dia?

Kemudian aku terfikir, mungkin kaki aku da berubah bentuk kerana terlalu lama memakai kasut yang lain.

Otak aku terlalu jauh berfikir sampai aku memperumpamakan hubungan kasut dan kaki ni seumpama hubungan manusia.

'Kasut tak berubah bentuk, tapi kaki yang berubah bentuk mengikut kesesuaian kasut'

Aku selalu tekankan dengan Mr Heart, 'kita takkan mampu ubah orang, apa yang kita mampu ubah adalah diri sendiri'.

Seperti kaki dan kasut, kaki yang boleh berubah bentuk sama ada membentuk lebih tirus atau mengembang atau sebagainya. Kasut juga berubah, tapi dia takkan mampu berubah sehebat kaki. 

Kasut umpama kawan dalam hubungan manusia. Kita juga kena cari kasut yang bersesuaian dengan kaki. Kaki saiz lima, takkan na beli kasut saiz 10? Umpama manusia, kita hidup sederhana tapi na kawan dengan orang yang da biasa hidup mewah. Bila diorg shopping, kita pun sibuk na shopping. Kalau pakai duit sendiri takpe la jugak, tapi pakai duit parents. Beragak la. Kesian parents.

Point aku adalah, kalau korang ada kawan atau manusia yang korang ta suka, jangan sekali-kali mengharapkan dia berubah untuk korang. Mungkin ada yang sanggup, tapi bukan semua. Ubah diri sendiri dulu, kemudian korang akan nampak perubahan mereka juga. 





nota kaki : kaki aku sakit lagi. Dia tak mampu na berfikir lagi.

2 comments:

Lee Yna said...

bukan ko slalu buat ker shopping pakai wit parents...or 'sumone' else maybe...kekeke...

kiki said...

perlu ke? =.="