July 13, 2010

Suatu mimpi

Hari ni aku balik dan dia ada kat situ. Menunggu seperti biasa. Sambil tersenyum aku lambaikan tangan dan berlari ke arah dia. Hati aku melonjak riang. Masa untuk pulang.

Pulang ke rumah aku terus buka tudung. "Panas," aku kata. Dan dia hanya mampu tersenyum memandang aku dan terus mengusap kepalaku. "Rindu." Ringkas tetapi membawa banyak makna. Aku tersenyum senang.

Dari mata dia aku tau dia penat. Walaupun dia senyum, aku tahu, ada sesuatu yang dia fikirkan. Biarlah. Aku tak mahu tambah beban dia. Aku segera ke dapur untuk menyediakan minuman untuk dia.

Sambil membawa air mangga dan pisang goreng yang dibeli tadi, aku mencari kelibat dia. Oh, dia tertidur atas sofa. 'Mungkin kerja banyak di pejabat hari ni,' getusku dalam hati. Aku letakkan air mangga dan pisang goreng di atas meja.

"Abang?" Aku goyangkan sedikit badannya. Tiada tindakbalas. Aku goyangkan dengan lebih kuat badannya. Aku risau. Aku panggil lagi dengan lebih kuat. Dengan pantas aku cek nadi. Masih berdegup. Lega. Kemudian aku ternampak senyuman nakal dibibir dia. Dengan pantas dia tarik hidung aku. "Risau ye?" Terselit bahagia dalam nadanya. Aku tergelak kecil seraya mengangguk.

Ya Allah, jujur aku terlalu sayangkan hubungan ini. Kekalkan la kebahagiaan ini. Tabahkan hati kami menempuh dugaanMu. Jauhkan kami dari mereka-mereka yang hasad. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu keselamatan dunia dan akhirat. Amin.

No comments: