Lately, aku memang ada banyak masalah. Dan kalau aku yang dulu, aku memang takkan ambik serious pun semua masalah. Apa yang aku tau lari je dan jangan fikir. Tapi itu dulu. Sekarang aku dalam proses pemulihan.
Aku tanya dia, kenapa masih cuba selesaikan masalah yang bagi aku boleh diselesaikan dengan mudah. Dia kata, dia perlu selesaikan juga. Dia perlu bantu orang yang terlibat itu berubah. Aku cakap lagi, kita takkan mampu ubah orang lain. Kita hanya mampu ubah diri sendiri. Adakah kamu cukup sempurna untuk ubah orang tersebut? Dia kata, dia tidak ubah orang tersebut, dia cuma membantu dan mungkin dengan cara tersebut, dia juga membantu mengubah diri sendiri. Aku diam.
Aku teringat, masa awal kemunculan masalah tersebut, aku pernah pujuk dia supaya tidak endahkan. Kemudian dia kata, kita boleh lari atau tidak endahkan masalah ni. Tapi kamu perlu tahu, kamu tetap akan menghadapi pelbagai masalah lagi. Sampai bila kamu akan lari dan tidak ambil endah? Dengan lari dari masalah ni, adakah kamu pasti kita tidak akan jumpa dengan masalah yang sama? Aku diam.
Mungkin pada awalnya aku memang tidak faham sebab aku sejenis manusia yang ambil mudah semua perkara. Bagi aku, why bother? live life to the fullest. Dan bergembira la selagi mampu. Dan masih, ada masa aku tak faham. Mungkin sampai sekarang aku masih tak faham.
Bagi aku, penyelesaian bagi segala masalah adalah masa dan takdir. Usaha memang perlu. Tapi kalau Tuhan menentukan bahawa masalah itu tidak akan selesai, sampai bila-bila pun tidak akan selesai.
Masih banyak masalah lain dalam dunia. Kalau ikut perangai gila aku dulu. Aku senang je. Kenapa perlu fikirkan masalah itu sedangkan masalah Iraq diserang Amerika adalah lebih besar dan lebih penting. *diam* Penting ke? Atau mungkin masalah minyak dah nak naik harga adalah lebih penting. Err..tapi aku takde kereta. *sigh*
Aku akui, segala masalah berpunca dari kesilapan. Semua manusia tidak akan terlepas dari kesilapan. Termasuk aku. Dan maaf adalah antara penyelesaiannya. Tapi ada masanya, maaf tidak akan mampu selesaikan semua perkara. Adakah maaf mampu padamkan segala kesakitan yang dialami atas kesilapan orang lain?
Walau aku cuba untuk mengelak dari membuat kesilapan dengan tidak bercakap, tidak bertemu dan tidak membuat apa-apa. Tapi still, tidak akan terlepas dari membuat kesilapan.
Aku lebih senang menganggap masalah adalah salah satu cara Tuhan menguji hamba-hambanya. Aku sedaya mungkin cuba untuk tabah hadapi semuanya. Ada ketikanya nanti bila aku lemah, aku tahu, aku akan marah dan mula mempersoalkan semua perkara. Kerana masalah tidak akan pernah selesai. Tetapi aku perlu kuat.
Aku hanya mampu berdoa di setiap ketika aku berhubungan denganNya supaya tabahkan aku dalam menghadapi segala dugaan dan ampunkan aku diatas segala kesilapan. Amin.
2 comments:
ada masalah la baru namanya orang! kalau takde masalah tu malaikat..
malaikat..best tuh..huish...........
Post a Comment