Bangun pagi je aku dapat rasakan betapa tebalnya bengkak bibir dan pipi aku. Aku dapat rasakan yang bibir aku seakan terjuih. Kerak mata pulak tebal hari ni dan masih ada air mata yang mengalir. Aku dapat rasakan jugak hidung aku yang sebelum ni keras intinya kerana darah yang mengering mula melembut. Dan errr... selaput hitam yang meliputi gigi yang baru tercabut ni dah hilang! Aku dapat rasakan yang aku tertelan ia semasa tidur. Lantak la.
Terus masuk toilet dengan niat na terkucil. Owh! Air yang mengalir berwarna coklat! Hebat! Kesan dari tertelan selaput hitam tu.
Hari ni aku bangun dengan azam yang baru. Makan lebih banyak! Hehe. Ye la tu. Takat nasi bubur je boleh masuk apa kes.
Dan sepanjang hari ni aku rasa aku banyak memuncung, menjuihkan, mengembang, menguncupkan bibir dan pipi aku. Sampai kadang-kadang aku pun da tak tau ape bentuk da bibir aku ni.
Bila aku bercakap je. Huruf S terasa lebih berangin. Hahaha!! Sebab aku da RONGAK! Berangin je cakap. XD
Khamis ni kena pergi jumpa doktor lagi. Untuk buka jahitan benang-benang berwarna ungu di gusi aku ni. Harap-harap la dye bius. Mati la aku dey!
Peringatan : Bersin nanti jangan lupa tutup mulut.
No comments:
Post a Comment