March 14, 2010

Operation..Success..!!

Akhirnya, operation yg ditunggu-tunggu telah berjaya diharungi. Aku check in Hospital Sg Buloh hari Jumaat, operation hari Sabtu n check out Ahad (today).

This is the second time aku masuk hospital n first time operation.

Malam pukul 12 aku dah start puasa untuk prepare esok punye operation.

Esok paginya nurse kejut aku suruh mandi just prepare untuk operation. Aku da sebok duk call mama suruh naik teman. Tapi aku pun tak ingat masa tu mama pergi mana ye? Effect bius ni. Aku hilang ingatan jap.

Dalam pukul 7.30 nurse da tolak katil aku pergi wad operation. Lama juga aku tunggu kat dalam tu sebelum diorang tolak masuk bilik operation. Sempat la aku duk berbual dengan budak praktikal kat situ.

Dalam kul8 diorang tolak aku masuk bilik operation. Pakar bius dengan sorang nurse yg tolak. Masuk je bilik operation tu, diorang tutup mulut n hidung aku pakai saluran pernafasan. Mula-mula yg aku sedut tu gas oksigen biasa. Tak lama lepas tu, bila pakar bius cakap diorang da masukkan gas bius, pakar bius tu terus tekan saluran tu sampai terbatuk-batuk aku sebab tak biasa. Tak sampai 5 minit aku da khayal terus tak sedar. Sedar-sedar je, operation tu dah habis n aku cam masih lagi khayal.

Bila nampak aku sedar je, nurse da tolak katil aku nak masuk wad. Sampai kat wad mama kata hidung aku berdarah. Aku ni dah la cam khayal lagi sedar tak sedar je apa mama cakap. Mama bersihkan hidung aku. Agak-agak da bersih sikit, aku nampak mama da terduduk kat tepi katil sebab mabuk nampak darah.

Aku terus tidur sampai petang. Nurse kata dalam kul 3 doktor datang nak check. Kalau ok, aku da boleh kuar hari tu jugak. Dari kul 3, pastu kul4 sampai la kul5. Takde pun doktor sampai. Akhirnya datang la sorang doktor perempuan bagitau aku kena stay sampai esok pagi sebab diorang masih lagi na pantau aku.

Malam tu mama teman aku tidur. Tidur satu katil sebab aku tak sampai hati tengok mama tidur atas kerusi. Sakit pinggang woo! Dah la mama ni da kurus. Nanti kang aku da sehat, dia pulak masuk hospital. Haiyoo.

Kul 12.30 aku da leyh lepas kuar da.

Sekarang ni aku da sampai rumah n jap lagi aku nak membiuskan diri aku sebab penat..Zzzzz...

No comments: