Seperti yang diceritakan sebelum ini, aku dapat call untuk daftar masuk wad sebelum operation dental.
Aku start dengan kenapa aku kena buat operation tu.
Beberapa tahun sebelum (kisah yang agak lama) aku ada apply untuk buat braces untuk gigi aku. Ingatkan prosesnya kejap je. Cabut gigi then pasang braces. Lagipun government murah sikit. Masa aku apply, aku belajar lagi. Kalau belajar, boleh la dapat murah. Tapi aku tak sangka pulak kes aku ni sampai meleret ke Hospital Sg Buloh dan sampai aku dah habis belajar. Semuanya kerana gara-gara seketul gigi yang tertinggal di lelangit mulut aku. Aku pun tak tau macam mana gigi tu boleh ada kat situ. Braces tak boleh pasang sampai la gigi tu keluar dulu.
So, Klinik gigi Sek.7 hantar aku ke Hospital Sg Buloh. Proses nak dapat giliran buat braces tu dah makan masa bertahun. Then, kat hospital ni pun sama. Nak dapat giliran untuk buat operation tu pun lama jugak. Hampir setahun. Aku pun dah tak ingat dah sebenarnye.
Malam sebelum (Selasa) aku dah start packing2 barang. Disebabkan aku tak pernah masuk hospital, aku tak tau apa nak bawak sebenarnya. Tapi aku pack la jugak baju 2-3 helai dan semua basic things. Seriously, aku sangat excited sebenarnya nak masuk hospital. Itu sebab aku semangat je nak packing baju awal-awal.
Rabu, around pukul 10 baru aku, mama n babah bertolak pergi ke Hospital Sg Buloh. Pagi tu pun aku bangun awal siap mandi lagi. Punyalah excited nak tinggal kat hospital. Haish! Percaya atau tidak, sampai je kat hospital, aku lah manusia yang berjalan paling laju dan aku juga lah manusia yang bersemangat cari klinik pakar kat area hospital tu. Sampai je kat kaunter, nurse yang ada kat kaunter tu suruh daftar dulu kat kaunter luar kat depan.
Dah settle daftar, aku masuk balik kat situ. Nurse tadi bagi nombor giliran '2020'. Sampai giliran aku, kena masuk kat bilik no.2. Kat situ dah setia menunggu doktor perempuan chinese. Dia explain semua procedure untuk operation nanti.
- Pukul 12 malam nanti, aku perlu start puasa.
- Sebelum operation, aku akan dibius tidur.
- Mereka akan masukkan tiub gas melalui hidung dan tekak.
- Selepas operation, doktor atau nurse akan kejut dan tanya samada dah sedar atau belum.
- Kemudian baru mereka tarik keluar tiub gas.
-Effect selepas operation, aku akan merasa pening, lemah dan muntah-muntah.
Selepas dia explain, dia bagitau dia kena ambil darah aku sebab itu part of the procedure. Gulp! Aku dah nampak dah injection tu kat atas kaunter. Tapi aku berfikiran positif dengan menganggap doktor nak inject org lain. Aiseh. Be strong kila. I know u can do it!
Mula-mula dia inject tangan kiri. Aku memang confirm tak pandang la. Then, doktor tu macam tak puas hati. Rupanya dia tak dapat ambik darah aku banyak sebab darah aku pekat. Aku boleh nampak urat tangan kiri aku ni kembung lain macam. Eurgh! Doktor terus tutup tempat inject tadi dengan kain kasa. Tapi dah terlambat sebab aku dah nampak dan dengan aku-aku sekali tolong lap darah aku yang menitik kat tempat lain.
Doktor tu cakap tak cukup. Alamak! Aku pun reda je la. Hulur tangan kanan pulak. Kali ni doktor tu dah pandai sikit. Dia ambik slow n steady. Tengok-tengok je, dah penuh satu inject yg 10ml tu. Huish!
Dah selesai, kitorang terus pergi daftar masuk wad pulak. Terms aku, 'Check in' bilik. Hehe. Aku masuk wad 5B. Masuk-masuk je, tengok patient dah dapat makanan tengahari. Kitorang bagitau nurse yang mama n babah nak bawak aku pergi makan kat cafe jap. Kalau tak, jap lagi kebulur aku ni.
Tangan aku masih lagi terasa lenguh-lenguh. Dua-dua tangan pulak tu! Aahh...Sabar je la. Nasib baik boleh angkat pinggan makan dan suap sendiri.
Perut dah kenyang, masa untuk masuk wad pulak.
Nurse bagi baju hospital. Wah! Aku dah ada uniform baru! Excited nak mampus salin baju hospital walaupun dalam hati sedikit bengang sebab terasa cam penat je packing baju tapi tak pakai. Takpe la.

Sempat agi bergambar dalam toilet.
Petang tu, pihak hospital ada sediakan makan petang, bubur kacang warna purple dan air putih. Err..aku memang tak makan bubur yang pelik-pelik. Aku biarkan. Bila atendan da angkut bawak pergi, baru la mama n babah naik. Babah marah sebab tak simpan kan untuk dia sebab dia makan. Siapa ntah yang sakit. Oops, aku pun tak sakit jugak. Haha.
To be continued...
No comments:
Post a Comment