January 07, 2010

Check in..Check out..

Untuk Catatan kali ini, aku ceritakan sinopsis cerita dulu. Kalau sempat, aku update kat blog yang akan datang.

Isnin lepas, babah dapat call dari hospital kata yang aku kena datang hospital untuk buat operation dental yang dah tertangguh 6 bulan. Operation hari Khamis, hari Rabu aq kena datang untuk masuk wad.

Hari Rabu pagi yang tak pagi sangat kitorang pun bertolak pergi ke Hospital berkenaan untuk daftar masuk wad. Sebelum masuk wad, tangan aku dah kena cucuk untuk ambil darah.

Malam tu aq kena puasa. Esok pagi pukul 7 lebih, doktor cina (yang hensem) cucuk tangan aku untuk saluran air masuk supaya aku bertenaga walaupun berpuasa. Ya Allah, jarumnya besar sungguh. Lagi besar dari jarum yang cucuk ambil darah semalam tu. Takpe, nasib baik yang cucuk tu doktor hensem. Oops hee....

Then, aku menunggu turn untuk aku dimasukkan ke wad bedah. Around pukul 1.30 lebih, nurse dah panggil aku prepare untuk gi operation. Dah siap salin baju untuk bedah, n dah makan ubat dah pun. Tiba-tiba cancel. Doktor kate dia ade kes besar dan kes aku dibawa ke minggu depan.

Abah pergi settle bil n kitorang pun balik.

Next update, aku akan ceritakan detail ape sebenarnye yang berlaku.




*macam hotel jew. Tidur sana 2 hari 1 malam.

No comments: