December 24, 2009

2009

Hari ni baru aq sedar isnin next week adalah hari terakhir aq bekerja di firma konsultan ni. Isnin minggu depan jugak merupakan hari ketibaan mama n babah dari tanah suci ke sini. Semalam aq dapat handphone yang paling "most wanted" hadiah dari uncle fikri sempena harijadi. Fuhh..hari ni baru aq terasa betapa cepatnye mase berjalan.

Bile aq teringat balik perjalanan aq sepanjang tahun ni, aq betul-betul rase xpercaya.

Bermula dengan semangat pada awal tahun untuk menempuhi tahun terakhir sebagai student jurusan diploma ukur bahan. Kemudian, kehilangan seorang teman rapat gara-gara salah faham ketika membuat assignment. Tekanan melanda apabila pensyarah mula memberi tekanan dalam menyiapkan segala assignment dan baru aq faham maksud senior tahun sebelum bile dia kate, "tidur la puas-puas waktu praktikal sebelum masuk sebagai senior tahun akhir". Memang tidur tak cukup! Hari-hari terakhir (semasa exam dan viva) merupakan waktu aq jatuh terduduk dan menangis. Hanya Tuhan yang tahu bertapa aq tak sanggup nak hadapi situasi ketika itu. Aq terasa nak lari jauh dari situ. Tapi terima kasih pada mama n babah yang sudi mendengar luahan hati dan memberi semangat untuk meruskan perjuangan. Kemudian aq bangkit dalam kepayahan untuk menempuhi alam yang baru, iaitu alam pekerjaan.

Aq berehat di rumah selama 2 bulan mengharapkan mama n babah balik umah bawak makanan. Bile aq fikirkan sekarang alangkah ruginya aq waktu tu sedangkan aq boleh pergi bekerja membantu mereka. Selepas 2 bulan berehat menenangkan diri dan mendapat result yang menjadi penentu samada aq repeat @ tak, aq mula mengintai peluang pekerjaan apabila confirm yang memang aq tak repeat. Alhamdulillah.

Aq mula bekerja di Echopark sebagai pembantu jualan. Bak kata kakak, "alaa..xpe, dik. Janji ko kerja dari duduk memerap kat umah". Stop. Aq pun kerja selama hampir 3 bulan di situ. Aq bercadang untuk kerja lebih lama. Tapi dengan staff yang sebelum itu. Sorang demi sorang staff keluar meninggalkan Echopark. Tinggal aq dengan Danial meneruskan perjuangan. Dengan Danial memang aq sangat seronok bekerja. Sebab memang fun kerja dengan dia. Sampailah masuk staff baru yang agak kerek. Yup, memang dia lebih tua tapi dia tersangat lah takde tapisan dari LPF (Lembaga Penapisan Filem). Ayat yang keluar sangat tajam dan ada mase memang la make sense, tapi kalau cakap dengan bahasa yang lebih elok akan lebih mudah difahami dan tidak menyakitkan hati orang yang mendengar. Bila Danial berhenti, aq tinggal dengan staff-staff baru yang agak suka mengambil kesempatan dan mangsanya adalah aq. Aq tak tahan. Sebelum nama aq jadi buruk, lebih baik aq berhenti. Diorang memang baik. Bos lagi lah teramat baik. Tapi tak tahan asyik dibuli je. Kemudian, aq dapat offer kerja dengan company lama yang pernah praktikal. Dengan segera aq chow.

Semalam aq kerja Echopark, hari ni aq da mula kerja dengan ivmm. Gile la. Tak sempat rehat pun. Adeh! Tapi takpe, aq kenal sikit staff-staff kat sini. Diorang sangat ok. Aq pun mula lah bekerja di tempat baru sebagai pembantu tadbir bagi sebuah pertubuhan. Kerja dekat sini kena pakai tudung. Aq agak rimas sebab aq ni memang tak pandai nak bergaya dengan tudung. Memang aq lemah sikit. Tapi takpe, aq buat-buat lupa dan kabur dengan gaji yang lebih banyak berbanding dulu.

Tiba-tiba mama n babah dapat offer pergi menunaikan Haji. Alhamdulillah. Makbul doa mereka. Aq gembira bile mereka gembira walaupun aq tak dapat membantu mereka mengumpulkan duit bagi menunaikan haji. Tapi aq jadi tersangat sunyi bila diorang takde. Aq hilang tempat mengadu. Memang aq ada boyfriend. Tapi boyfriend tak sama dengan mama n babah. Aq mula sakit-sakit. Aq tau tu sakit rindu dan sakit malas nak pergi kerja. Aq mula meragam. Semua benda jadi tak betul. Lama-lama aq depressed. Sampai satu tahap aq tak nak hidup. Aq menangis sepanjang malam sampai tertidur dan bila bangun, aq menangis lagi. Itu memang tahap paling kritikal dalam hidup aq. Aq dah tak larat dah nak kerja dekat sini. Aq serba salah dengan semua staff. Aq rasa aq macam tak layak untuk kerja dekat situ. Lagi-lagi bile aq asyik cuti,mc,cuti,mc. Urgh! Penat. Rase cam nak duduk rumah dan tinggal bersama kenangan-kenangan mama n babah yang tertinggal.

Lagipun aq terfikir, aq memang tak minat kerja situ. The biggest reason, aq selalu datang lewat. Sebab, kalau kita minat dengan kerja kita, kita mesti akan datang awal dan semangat buat kerja kadang-kadang sampai terbawa-bawa ke rumah. Aq ni jauh panggang dari api. Macam buat kerja budak-budak spm pun ade gak. Bukan nak berlagak. Tapi apa guna aq blajar tinggi-tinggi takat jadi kerani. Memang ade naik pangkat, bos nak serap jadi qs. Tapi aq sendiri tak minat qs. Camne aq nak buat kerja? Lagi la aq tak nak datang kerja. Better aq chow dulu sebelum terlambat. Akhirnya aq buat keputusan untuk berhenti. Enough!

Now, kita semakin menghampiri pengakhiran 2009. Aq sekarang sedang masih lagi dalam proses menimba pengalaman hidup.

Aq betul-betul tak sangka aq baru je habis diploma yang aq sangkakan takkan pernah tamat pada bulan mei lalu. Mana nak sangka yang aq baru je grad bulan oktober dan kini aq memiliki segulung diploma dalam tangan.

Aq berjumpe semula dengan teman yang pernah menjadi musuh tetapi kini menjadi teman yang paling rapat dalam tahun yang sama aq kehilangan seorang teman yang paling rapat semasa belajar.

Aq pernah jatuh dan menangis dan kemudian bangkit dengan gelak ketawa.
Kenangan adalah kenangan dan pengalaman dalam menempuhinya juga yang banyak mengajar kita erti kehidupan.

2009 adalah tahun yang kedua mencabar bagi aq selain tahun 2008. Tahun 2008 telah meninggalkan sejarah hitam yang takkan mampu aq lupakan.

Terima kasih pada semua yang terlibat dalam hidup aq. Terima kasih banyak-banyak pada semua yang memberikan kenangan pada aq.

Aq pohon ampun dan maaf sekiranya perbuatan aq pada tahun ini ada menyebabkan pihak-pihak yang tertentu berkecil hati, tersinggung perasaan atau mungkin menjadi punca bagi suatu pergaduhan. Aq juga memohon ampun dan maaf pada semua yang telah aq berikan janji namun aq tak mampu untuk menunaikannya. Aq hanyalah manusia yang tidak akan terlepas dari membuat kesilapan.

Semoga tahun 2010 yang bakal tiba ini memberikan lebih banyak harapan, peluang, teman, kebahagiaan yang juga akan menjadi sejarah untuk aq ceritakan pada anak cucu ku nanti.

**Dan mungkin juga pertunangan...... ;P

2 comments:

AjuA said...

ayat last tu... waaaaaaaa...

kiki said...

hahahahaha....perasan pulak yek...nak kecikkan lagi xboleyh...ngahahaha...