February 01, 2016

Kucing si manis manis

Lepas kematian Putih, rumah kitorang tak sunyi dengan kucing. Hitam (Batman the cat sekarang dipanggil Hitam je sebab suami cakap panjang sangat namanya. Dan dia tak menyahut pun bila kita panggil. Kurang ajar punya kucing) dan Kuning masih ada. Walaupun Kuning ada menangis beberapa hari selepas Putih mati. Hitam terlalu kecil nak faham.

I'm just updating the cat picture on my blog. Hehe. Mereka semakin membesar.

Hitam si demok demok dah makin tak muat kotak tidur dia. Sekarang langsung dah tak muat. Dasar demok.

Hitam si demok demok juga suka tudur bersepah sepah. Tak kira lokasi dan masa.
Semua plastik sampah pun koyak sebab gara gara dia. Suka sangat main plastik. Dah la duduk flat, tak sampai bawah, plastik dah koyak separuh jalan. Silalah menangis sambil kutip sampah.
Geng bergaduh dan geng berdansa. Hitam jantan, tidur memang bersepah. Kuning betina, masih manis gaya tidur.
Tapi jangan terkejut kalau dia tidur dalam keadaan penat. Betul betul akrobatik.
Kuning sangat sangat manja. Setiap hari, dia akan jadi penyambut tetamu. Baru dengar bunyi kunci klingklingkling, kita dah boleh dengar bunyi meow dia dari luar.
Bff konon konon. Bila celik mata je bergaduh. Tak faham aku.

No comments: