January 22, 2016

Si pemalas berdansa di atas papan kekunci

Memang aku diam selepas kahwin. Baru aku faham kenapa orang berubah selepas kahwin. Sebenarnya mereka tak berubah. Cuma masa yang terhad. Dulu bersiap untuk seorang, sekarang untuk berdua. Dulu tak perlu masak, sekarang kena masak untuk berdua. Dulu kain longgok je kat tepi, tunggu hujung minggu baru lipat. Sekarang hari-hari kena lipat kain. Dulu hujung minggu je kemas rumah (itupun kalau buat), sekarang hari-hari kena kemas rumah.

Dulu dan sekarang tak banyak beza kalau sama-sama buat kerja. Aku tak cakap suami aku pemalas. Dia manusia paling pembersih. Aku pula yang rasa macam pengotor dari dia. Haih. Cuma aku ni nak buat kerja kena ada mood. Hihihi. Alasan.

Itu je nak cerita. Bai.

No comments: