June 11, 2015

Random Act of Kindness

Hari ni, aku terima random act of kindness dari unknown person. It was kind of weird but a good weird sebab aku rasa macam dah lama sangat tak rasa kebaikan dari orang yang kita tak kenal since teknologi yang dikenali sebagai whatsapp ni muncul.

Kita dah biasakan diri dengan internet kat telefon 24 hours. Okay, mungkin bukan korang, tapi aku ni haaaa. 24 jam phone dalam tangan. Kalau bukan whatsapp, aku buka COC, atau mungkin main game facebook. Kadang-kadang tangan tu unlock-lock balik phone. OCD ke apa, aku pun tak tau.

Kredit dalam handphone memang tinggal nyawa-nyawa ikan. Petang semalam siap dapat mesej warning dari Digi, kredit bawah RM2. Nak dijadikan cerita, tepat pukul 12 malam tadi, Digi auto-renew internet aku. Aku terlupa nak off Mobile Data. Dan aku bangun pagi dengan internet dan kredit yang dah tak wujud. It is really a good way to start my morning #sarcasm.

For the past few weeks, line internet kat office memang macam jilake. Whatsapp connecting nya dari pagi sampai ke petang. So, internet yang tak wujud untuk hari ini, effectnya macam kecik je la (aku konon-konon nak cuba untuk sedapkan hati sendiri). Kredit takde memang dah lama takde effect sebab masih boleh contact orang melalui whatsapp.

Dan everything went well...

Until, aku kena call suami untuk pickup aku kat klinik gigi.

Aku kebetulan ada topup RM30 dalam purse. Sebenarnya untuk renew internet dalam phone. Jadi, aku pun gores dan topup phone. Within seconds aku terima 3 mesej. Mesej pertama, tahniah aku berjaya topup RM30. Mesej kedua, Digi bagi aku extra minutes for call (hadiah sebab topup, its a GST thingy). Mesej ketiga, Digi berjaya tolak RM30 untuk renew internet. I was like, oh noo.

The thing is, walaupun aku dah renew internet, aku tetap tak boleh guna internet sebab kredit aku RM0.00. Aku keep cool. So, aku request credit transfer from a friend. Nanti aku ganti balik or aku treat makan ke macam mana.

Aku terus pergi ke kaunter nurse, tanya public phone terdekat kat mana (Itu hint aku nak minta pinjam telefon kat kaunter, tapi nurse tu macam tak faham. I get it, its after 5) And nurse (dengan muka innocent) bagitau, public phone rasanya ada kat luar. Aku keluar klinik dan tak nampak satu pun public phone. Aku cuma nampak kesan bekas letak public phone je kat dinding.

And my friend (yang aku request credit transfer tadi) call me back and asked how to do the credit transfer thing. Aku explain. Anddddd Digi kata dia tak layak untuk buat credit transfer tu. What?! Aku dah start rasa a bit panic. So aku minta tolong dia call kan husband. Anddd she refused to call him sebab dia rasa tak selesa sikit dengan husband. Sambil berborak, aku memang berjalan ke 7eleven terdekat. Okay, not so near la. Me with heels and everything. Aku dah malas nak pikir panjang. Aku cakap, takpe, aku dah sampai 7e. Aku beli je topup. *hang up*

I saw public phone depan 7e. So, i wanna try my luck (sebab it is a general knowledge yang public phone yang wujud kat Malaysia ni memang wujud sebagai hiasan sahaja) dannnn public phone tu tak boleh guna. Siap ada yang hilang gagang telefon lagi. Me with muka sebal dan penat, masuk 7e request topup Digi. And you know what? TOPUP DIGI HARI NI DAH HABIS.

Aku blur.

Nak patah balik ke klinik, memang jauh gila. Nak request credit transfer dari member tadi, agak-agak dia call balik tak? Atau dia akan ignore je? Nak pergi mana ni? Aku nak buat apa ni? Nak jalan kaki pergi rumah member husband? Aku bukan tau arah jalan nak ke rumah member husband tu.

Arghhh.

Aku terus masuk 7e balik dan nampak budak kaunter tadi tengah main handphone. Dik, satu sms boleh? Saya nak call husband saya minta dia pickup saya kat sini. Terus budak tu hulur telefon dan cakap, takpe la kak, call je husband akak. Tak payah mesej.

Aku terkedu kejap. Ya Allah, kau limpahkanlah kurnia rezekiMu kepada budak kaunter ni ya Allah.

Aku terus call husband. Nada suara aku memang macam nak menangis. Husband terus panic sebab ingatkan aku tengah ada masalah. Memang la aku tengah bermasalah. Tapi dah selesai. Cuma aku rasa lega sangat sangat dapat dengar suara husband.

"Kila tunggu, abang datang sekarang!"

1 comment:

Unknown said...

Last sekali tuu.. so sweet!