December 04, 2013

Memahami

Aku anak bongsu. Anak terakhir dalam urutan adik beradik. Aku dah biasa dibuli, aku dah biasa di arah, aku dah biasa diperkatakan tanpa ada yang mempertahankan, dan aku dah biasa sendiri. Aneh. Aku lebih suka sendiri. Apa perlunya orang lain kalau semua perkara aku boleh lakukan sendiri? Itu apa yang ada dalam fikirkan aku. Selagi ada mama dan abah, aku akan sentiasa ada yang menolong.

Aku kenal iki. Dia anak sulung, anak pertama dalam keluarga. Secara azalinya, aku dan dia memiliki perwatakan yang berbeza kerana dia miliki sifat yang bertentangan dengan sifat aku. Dia biasa membuli, dia biasa memberi arahan, dan dia tidak biasa sendiri. Aneh. Dia akan sentiasa ada teman pendamping.

Melalui dia, aku kenal kawan-kawannya. Pada asalnya seorang, kemudian dua orang, lama-lama aku kenal semua kawan-kawan dia. Lama untuk aku faham, kenapa dia sentiasa ada sekurang-kurangnya seorang kawan disamping dia. Dari mata aku, mereka semua hanya kawan. Tapi dari mata dia, mereka semua adalah sahabat. Lama juga untuk aku faham erti persahabatan dari kaca mata iki.

Sahabat adalah anugerah Allah yang kita boleh pilih. Berbeza dengan keluarga. Sahabat adalah orang yang akan saling membantu pada waktu susah dan senang. Tidak memandang rendah sesama sendiri. Berkongsi apa yang ada. Sama seperti keluarga. Cuma ini adalah keluarga yang dipilih tanpa ikatan darah.

Aku masih lagi belajar untuk bersahabat. Aku sebenarnya takut kalau ada masalah. Kalau dengan iki, aku selalu cakap terus terang kalau ada sesuatau yang aku tak puas hati. Kalau dengan perempuan, aku tahu hati mereka lembut. Aku tak boleh gunakan cara iki yang terlalu kasar. Dan perempuan, bila aku tersilap cakap, mudah sekali mereka pendam perasaan. Aku terlalu takut dibenci atau putus kawan. Tetapi aku masih mencuba. 

Secara jujur, aku rimas bila ada orang yang selalu sangat ingin berjumpa. Aku bukan jenis keluar, aku bukan jenis melepak, aku bukan jenis merayap. Sedangkan dengan iki pun, aku jarang sekali berhubung melalui telefon dan berjumpa (kecuali sekarang sebab bekerja di tempat yang sama). Aku suka duduk rumah dan buat sesuatu. Dan bersendiri. Tetapi, aku berusaha untuk berubah. Demi sahabat. Aku cuba memahami dan lalukan yang terbaik. More than anything, aku sanggup lakukan perkara yang aku sendiri tak sangka aku sanggup buat.

Cuma adakalanya aku penat, terasa seperti kehilangan diri sendiri bila aku terlalu fokus pada kehidupan orang lain. Terasa seperti banyak benda yang aku biasa buat di rumah, aku tinggalkan. Seperti semua social network yang aku selalu fokuskan, projek kecil-kecilan yang aku selalu rancang, kelas bahasa online yang aku ikuti, dan a few things yang aku teringin nak buat.

Dan aku sedang cuba seimbangkan keduanya. Atau ketiganya. Mungkin juga kesemuanya.


Photo taken using iPhone 5S by Farhana Raffee

No comments: