April 11, 2012

Tentang Rasa

Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
'tuk sejenak lelap dibahumu
Memegang dua hati dalam masa yang sama memang memenatkan. Bukan bermakna kau curang. Cuma adakalanya Tuhan menguji kesetiaan kau. Jatuh cinta bukan perkara yang senang. Mungkin menyukai dan meminati itu mudah. Tapi jatuh cinta itu kadangkala sukar. Lebih lebih lagi ia hadir disaat hati kau telah diberikan pada orang lain. Kau mula keliru kenapa perasaan itu hadir. Sedangkan hati tu bukan milik kau lagi.

Seperti juga kau menyintai Allah swt. Jika kau benar mencintai Dia, bagaimana kau sanggup berikan hati kau pada manusia biasa? Kau perlu sesat untuk tahu jalan kebenaran. Tapi itu semua bergantung pada siapa yang akan menarik kau dari kesesatan itu.

Kau tak boleh tamak. Itu satu ingatan. Dan hati manusia bukan boleh dibawa main. Kau tak sepatutnya main mata. Kerana itu Allah swt mengingatkan supaya kita menjaga mata. Dari mata ia turun ke hati.

Aku tersesat. Hati aku terlari dari landasan. Mungkin ini dugaan. Mungkin ini ujian kesetiaan. Mungkin juga balasan dari kesilapan silam aku. Hidup aku tak tenteram.

Aku membuat keputusan untuk biarkan dan just follow the flow. Dan merasai apa yang aku dah lama tak rasai. Tapi aku tak boleh lama berehat di hati orang lain. Aku sedar siapa diri aku. Aku tahu aku tak patut biarkan.

Hati aku kekal untuk dia. Dan aku harus lepaskan dia yang baru hadir itu. Kesakitan yang dia rasa itu akan lenyap. Begitu juga kesakitan yang aku rasa. Ia akan lenyap. Anggap sahaja ini sebagai iklan. Iklan yang kita berdua sudah setuju dari awal.

Terima kasih kerana sudi menghulurkan hati kamu. Saya rasa bahagia. Walaupun sementara. Dan kita berdua harus tanggung kesakitan yang kita sudah tahu kewujudannya dari awal. 

Tapi saya harus kembali pada pemilik hati saya. Saya tak sanggup melihat dia terluka lagi atas tindakan saya. Dan saya harus memohon ampun dari pemilik hati saya. Keampunan yang berulang kali dia berikan.


No comments: