April 29, 2012

Malaysia tanah tumpahnya darahku

Politik. Ramai yang cakap politik ni kotor but still politik itu perlu ada. Situasi sekarang seolah memaksa kau untuk memilih parti mana yang kau perlu sokong. Satu pihak menekankan ajaran Islam dan satu pihak lagi cuba mempertahankan jawatan yang sudah bertahun tahun dipegang. Mereka semua memiliki satu benda yang sama, cerita gebang.

Benar, kita harus memilih pemimpin menekankan ajaran Islam dan boleh memimpin kita. Tapi tak semestinya kau perlu sokong mana mana parti. "Budak, kau jangan terlalu taksub dengan politik. Habiskan belajar dan cuba selamatkan negara dengan cara yang lain." Banyak kali aku pesan kat diri aku macam tu.

Perhimpunan secara beramai ramai, aku tak tolak dan aku tak sokong. Sebab dalam sejarah Malaysia sebelum merdeka, memang ada banyak perhimpunan yang dibuat. Benar, ini suara rakyat. Sedangkan pihak kerajaan sekarang, sebelum merdeka juga ada mengadakan demonstrasi jalanan. Benar kan?

Tapi bezanya, zaman dulu polis tak ada tear gas, pistol hebat dan penembak air bertekanan tinggi. Demonstrasi berjalan dengan aman. Andai benar rakyat ingin berdemonstrasi, benarkan mereka berkumpul setempat. Tempat yang tertutup tanpa dilihat orang luar. Lantik seseorang yang boleh catit apa yang rakyat mahukan. Ambil keterangan, kumpulkan dan bawa ke bilik mesyuarat. Perlu ke menangkap mereka semua ni? Sedangkan kebanyakan dari mereka hadir bersama satu harapan. Mungkin dua tiga harapan. Lagi dihalang, lagi rakyat seronok. Ia ibarat permainan police and thief. Siapa yang nak jadi police? Semua nak jadi thief. Seronok dikejar kan?

Aku neutral. Tidak menyokong dan tidak menolak. Aku mahu jadi orang tengah yang mendapat keuntungan dari hasil cerita gebang mereka.

Mengundi? Memang umur aku sekarang dah layak mengundi. Aku takkan mengundi berdasarkan parti apa yang lebih hebat. Aku akan mengundi berdasarkan pemimpin mana yang lebih meyakinkan aku. Bukan pemimpin tertinggi, tetapi pemimpin yang mewakili kawasan aku. Itu sudah mencukupi. Kerana untuk membina rumah yang hebat, kau tetap perlu bermula dengan satu bata yang hebat yang mampu menyokong tapak rumah kau yang hebat tu.

Kepada kawan kawan yang bergaduh kerana parti, jangan terlalu taksub. Jangan berkata tanpa bukti. Jangan mempertahankan benda yang kau sendiri tak pasti ia benar atau salah. Andai ada teman teman yang meluahkan pendapat mengenai politik, hormati mereka kerana itu pendapat mereka. Tak sakit pun nak mendengar pendapat orang lain. Jangan jadi seperti orang kampung yang berpecah belah kerana politik. Kita bertamadun dan boleh berfikir. 

Cuma aku minta, jangan keluarkan perkataan kesat hanya kerana kau fikir pihak bertentangan itu kurang bijak menilai. Dan jangan nak jadi peguam tak berbayar. Mempertahankan sesuatu dengan harapan kes kau menang. Dengar, kaji dan nilai sendiri. 

Gunakan akal fikiran kurniaan Tuhan itu dengan bijak. Dan bersatulah atas dasar kita rakyat Malaysia. Bukan rakyat Bangladesh.


Aku sedih bila ada yang bergaduh kerana politik.

No comments: