March 14, 2012

Karaoke

Day seventeen and eighteen.

Aku suka nombor 17. Aku paling tak boleh lupa bila aku berusia 17 tahun. Birthday aku 17 disember. Dan aku tinggal di Seksyen 17, Shah Alam. What more could I ask? Banyak kaitan 17 dengan aku. Tapi aku tak kata 17 itu adalah nombor bertuah aku, cuma aku suka bagi perhatian lebih pada nombor 17. Contohnya password blog aku, ************, haaaa~ mesti la aku tak boleh bagitau apa passwordnya kan? Kekeke~

Semalam aku dapat juga pergi jumpa dentist pada tarikh yang tepat. Tidak perlu malu berhadapan kaunter pendaftaran jika salah tarikh (walaupun aku dah malu kena tegur sebab lupa nak tekan nombor giliran). Kali ni aku tukar band warna pink lembut. Bukan aku yang pilih pun. Aku nak hot pink, tapi dapat pink lembut. Tak apa la. Nasib baik akak nurse tu puji aku pakai tudung cantik.

Kali ni aku dapat giliran awal pula. Selalunya lambat dan leceh sebab ramai budak pakai braces tunggu doktor yang sama. Bila dah keluar awal, aku terpaksa juga la masuk kelas awal. Masuk je kelas, kena torture jadi tukang jaga slide lecturer. Aku dah la blur masuk lambat, tetiba dia suruh aku duduk kerusi lecturer. Dan aku dengan selamber badak leh tanya, "sure?". Dah la lecturer ni psiko weh!!! Dia expect student to be brilliant, maybe more than him. Kami generation Y sir, you can't expect us to remember everything that can be found on the internet.

Kelas selesai awal. Aku pelik bila classmate aku semua diam dalam kelas tadi. Aku dah agak, mesti diorang pun kena torture dalam sejam sebelum aku masuk kelas. Terkekeh aku ketawakan diorang sebab aku dah kena seminggu sebelum, siapa suruh tak datang minggu pertama kelas *nada cemburu*.

Kelas pertama untuk hari ni pula, dah dibatalkan. Tak pasti kenapa puan farah takde. Mungkin dia ada hal emergency. So, mulut kata,"alaaaa~", hati kata,"yeay!!" as always. Bila dah mengadap budak nakal empat ekor tu, zida ida fifa anis, aku mesti suka nak follow diorang. Kadang kadang sampai balik rumah diorang. Aku suka dengar diorang ni merepek. Walaupun kadang kadang aku tak take part sangat. Tapi aku suka. Kali ni, diorang ajak pergi karaoke dekat alam sentral.

So, what happen dekat karaoke? Punya awal kitorang pergi alam sentral, karaoke tu pun tak buka lagi. hewhewhew. Sanggup tunggu sampai buka tu!

Kiri tu ida, kembar yuna oke!

Dapat juga aku beli rangka manusia idaman aku masa balik dari kelas petang. Fuhh~ RM29.90. Berbaloi ke? Kalau aku tak guna juga patung mahal ni, memang saje nak kena lempang lelaju je.
Maniskan muka itik hilang bibir? Hahaha. Sila jangan rasa nak lempang sangat. Rosak komputer korang nanti.

No comments: