2011 tahun paling pantas bagi aku. Dalam masa setahun ada banyak benda yang aku buat. Tapi dalam masa yang sama, aku rasa seperti aku tak buat apa apa.
2010, 2011, 2012, 3 tahun yang paling membawa makna. Mungkin kerana aku mula lakukan segala benda yang aku suka, dengan orang yang aku suka, pada waktu yang aku suka. Tapi aku tak pasti samada orang suka aku atau tak.
Mungkin 2012 aku akan ada ahli keluarga teknologi yang baru. iPad 3 mungkin? hehe.
Dengan teknologi serba canggih, aku terasa tua dan sedikit ketinggalan bila masa aku singgah Mcd tadi, ada sekumpulan budak lepak main internet dengan masing masing menggunakan ipad, galaxy tab dan segala jenis tablet yang ada. Aku sangat jeles. Cepat la duit datang singgah dalam poket aku ni!
No comments:
Post a Comment