Aku nak buat review untuk beberapa free game yang aku pernah download dan main kat Blackberry Torch aku. Satu yang perlu korang tahu, masa mula mula aku pakai Blackberry Torch, tak banyak games atau themes yang sesuai dengan Torch sebab Torch masih lagi baru dalam pasaran. Kalau ada pun, berbayar. Takde yang free. Bukan macam Bold atau Curve yang da masuk nombor 2, 3, 4 punya siri. Mula mula tu macam menyesal juga la pakai. Tapi tetiba jadi tak menyesal sebab ada BBM (BlackBerry Messenger) dan aku boleh buka Facebook dengan Twitter kat phone je. Tak payah buka komputer. Aku admit, before Torch, aku pakai handphone cikai je.
Bila da lama lama sikit, baru la ada beberapa game dan theme free yang seronok untuk di download. Itupun bila Blackberry Playbook dan Torch 2 dah masuk pasaran. Meh review sikit.
Ini antara game yang awal awal aku download masa aku mula mula dapat Torch. Aku tak faham langsung function game ni. Banyak perkataan. Tak ada grafik. Game ni adalah game online. Disebabkan tak ada grafik yang menarik, aku terus uninstall. Game ni busuk.
Status : Uninstalled
Rate : Boo!
Brick Breaker
Game ini dah ada dalam phone. Aku tak dapat cari game ni dalam appworld. Anyway, game brickbreaker ni sama je macam mana mana game Brick Breaker yang lain. Special for Torch, dia ada dua cara nak main, guna touch screen dan cursor.
Rate : Biasa je.
Word Mole
Game ni pun dah sedia ada dalam phone. Aku tak dapat cari juga dalam appworld. Bagi orang yang sangat mementingkan graphic, aku rasa game ni biasa je. Macam game dalam komputer. Kau kena susun ayat menggunakan huruf huruf yang ada.
Rate : Biasa je.

Game ini wajib ada kat semua phone. Even though game ni game kad biasa je, tapi sangat sesuai kalau nak main waktu bosan bosan. Graphic tak banyak dan game ni tak berat. Walau banyak macam mana pun game dalam phone aku, aku tetap akan main game ni juga. Sebab tak banyak guna brain dan sangat relax.
Rate : Terbaik!
Game ni nampak macam graphic dia nice. Tapi sebenarnya busuk! Game ni lebih kurang sama macam game cafe yang minta kau hidangkan makanan. Tapi kau kena bagi makanan berdasarkan warna. Dah la pergerakan dia pun macam slow. Rasa macam nak pukul je.
Status : Uninstalled
Rate : Boo!
Game ni sekali imbas kau rasa game ni macam bodoh je. Tak ada graphic hanya ada kaler je. Tapi seriously, game ni addictive. Tak percaya? Download la. Objektif game ni, kau kena tukar kaler kotak kotak tu sampai semuanya jadi satu kaler. Kotak yang pertama terletak di sudut atas kiri sekali. Bermula dari kotak pertama, kau kena tukar warnanya sama dengan kotak sebelah dia. Bila dah sama warna, automatik kotak tu akan ikut tukar warna. Kau kena tukar semua warna kotak jadi satu warna dalam kurang dari 25 pergerakan.
Rate : Addicted
Ini game strategik. Kau kena susun kereta sampai kereta merah tu boleh keluar dari tempat parking. Sebenarnya game ni aku pernah main kat iPod mama. Tak sangka pula ada kat appworld. Game ni pun menarik kalau nak isi kebosanan.
Rate : Terbaik!
Game ni super cute! Objektif dia kau kena bertahan selama mungkin dari terkena bola. Markah dikira berdasarkan bilangan bola yang berjaya dielak. Kau boleh lari ke kiri dan ke kanan atau mungkin stay setempat. Paling comel, kalau kau biarkan dia setempat lama lama, nanti dia akan kencing. hahaha.
Rate : Boleh la
Graphic : Terbaik!
Game ini adalah IQ test puzzle. Seronok bila kau tak tahu dan cuba nak lepas test ni. Tapi bila kau dah berjaya, kau akan rasa bosan sebab dia akan repeat benda yang sama. Tak ada level lain. Hanya satu test je.
Rate : Biasa je
Game baling baling kertas. Sesuai untuk waktu waktu bosan.
Rate : Biasa je
Game Puzzle. Kalau bosan bosan seronok juga main benda ni. Kau kena susun item yang dia bagi sampai muat muat kotak yang dia bagi. Tapi, so far aku baru main sampai level 10. Oh, ada satu benda annoying, selang 3level, akan ada keluar iklan suruh kau beli yang full pack punya since game ni free. Lepas tu dia kacau kau punya timing. Selain dari iklan tu, overall best. Graphic pun oke. Tak melembabkan Torch kau.
Rate : Boleh la
Game ni ala ala game yahoo yang kau selalu install free kat komputer tu. Kau buka kedai tattoo, layan customer, beli barang untuk upgrade kedai dan bla bla bla. Sesuai untuk orang yang suka game game yang macam ni la. Graphic dia oke je. Takde hebat sangat. Maybe sebab game ni berat, ada masanya dia boleh lagging sikit. Tapi game ni still ada dalam phone aku sebab aku suka game yang mcm ni.
Rate : Boleh la
Masih ingat game Snake kat handphone Nokia dulu dulu? Ini upgraded version untuk game snake tu dengan graphic yang terbaik! Boleh main guna touch screen dan scroll. Senang nak control dan memang game ni best. Jarang lagging sebab game ni tak berat.
Rate : Terbaik!
Graphic : Terbaik!
Game memory yang sama macam mana mana game memory. Ada mood for kids. Biasa je la pun game nya. Tapi aku tengok ramai juga download game ni. Untuk bosan bosan boleh la main game ni.
Rate : Boleh la
Aku suka main Sudoku. Selain game Spider dan Solitaire, aku suka game Sudoku. Tapi game Sudoku Supreme ni macam ada kekurangan tapi much better dari game sudoku lain yang ada kat appworld. Aku masih belum jumpa game sudoku yang the best lagi kat appworld.
Rate : Biasa je
Ini antara game latest yang aku download. Graphic semua dah terbaik! Mungkin sejak RIM release Playbook, game pun dah semakin bagus. Game Bomberman vs Zombies ni ala ala game bomberman. Kau letak bomb dekat dengan zombie.
Sesiapa yang suka game ni, boleh la download Bomberman vs Zombies : Christmas Edition pula.
Rate : Terbaik!
Graphic : Terbaik!
Game ni ala ala Angry Bird. Tapi game ni tetap comel! Maybe aku dah bosan dengan Angry Bird. Even though graphic dia terbaik, maybe sebab dia berat, ada masanya dia lagging juga.
Sesiapa yang suka game ni, boleh la download Pandas vs Ninjas Christmas.
Rate : Terbaik!
Graphic : Terbaik!
Game ni super comel! Oke, yang comel sebenarnya panda dia. hehe. Objektif dia, kau kena selamatkan diri dari kena sengat bugs. Boleh lompat dari pokok ke pokok dan kalau bugs tu ada kat bawah punggung dia, dia boleh slide turun dan penyekkan bugs tu.
Rate : Terbaik!
Graphic : Terbaik!
Lebih kurang sama macam game Fruit Ninja. Kau kena slice semua jenis buah tapi jangan slice bomb. Maybe sebab aku selalu main Fruit Ninja kat iPod mama, jadi aku rasa game ni lagging sikit.
Rate : Boleh la
Graphic : Terbaik!
GAME NI SUPER COMEL!!!!! Rasa cam nak penyet penyetkan je monster tu. Objektif game ni, kau kena bagi monster tu makan sebanyak mungkin coklat, kek, pisang, gula gula dan sebagainya tapi kena elakkan dari terkena spider. Makanan dia pun nampak sedap. Omnomnomnom~ Super thumbs up kalau nak download!
Rate : Addicted
Game tembak tembak bubble tu. Boleh la untuk mengisi kebosanan.
Rate : Biasa je
Game ini free sehingga 31 Disember 2011. Boleh la pergi download sekarang sementara masih free. Game ni biasa je. Sama macam game The Sims yang lain. Aku tengah tunggu game The Sims Medieval jadi free. Game tu addicted.
Rate : Biasa je (tapi boleh addicted)
Game ini free sehingga 31 Disember 2011. Kau kena plan bandar kau sampai jadi hebat. Mula mula tu boleh addicted juga sebab baru install. Bila da lama lama, dia jadi biasa je.
Rate : Biasa je (tapi boleh addicted)
Game ini free sehingga 31 Disember 2011. Seperti yang semua orang tahu, game ni namanya Bejeweled. The same game yang kau main online, install kat komputer dan yang kau pernah main kat handphone Nokia atau Sony tu.
Rate : Biasa je
Game ini free sehingga 31 Disember 2011. Lebihkurang sama je gamenya macam Bubble Birds. Bubble shooter. Tapi boleh la kalau nak download sementara free.
Rate : Boleh la
Aku baru download game ni pagi tadi. Comel! Tapi macma susah nak main. Kau kena terjun dalam air dan dapatkan markah yang tinggi. Dia akan bagitau awal awal kau kena dapatkan hasil terjunan yang macam mana. Nak dapatkan terjunan yang cantik tu agak payah.
Rate : Boleh la
Graphic : Terbaik!
Game ni nampak comel. Tadi aku cuba download. Bila da download habis, aku tak dapat main. Sedih betul. Dia kata error. Tapi dari screenshots dia, game tu nampak menarik. Huwaa!! Nak game ni!!
Rate : Unknown
Ini je game yang aku pernah download dan test. Ada a few yang masih dalam phone. Game yang aku rated Boo! tu, please jangan download langsung. Selain dari tu, boleh la download. Tak ada masalah.
Boleh share pandangan kat comment. Dan kalau ada game game yang best tu, kongsi la ye ;)
**kepada yang pakai bold atau curve tu, download la theme Cinnamoroll live in lovely cafe. Macam comel je themenya. Torch tak boleh download. Sedey.
No comments:
Post a Comment