Takziah kepada keluarga Wan Cu di Sg. Penchala.
Hari ni aku tak pergi kelas. Cadangnya nak pergi kelas juga. Tapi memandangkan abah macam taknak hantar pergi kelas, aku pun jadi takde mood pula na pergi kelas. Oke la. Aku mengaku. Aku yang takde mood nak pergi kelas. Bukan hari ni je. The whole week oke. Mood cuti tu masih ada. Damn it!
Selalunya kalau pergi rumah Allayarhamah Wan cu, mesti singgah pergi Ikea. Cuci mata.
Hari ni pun sempat singgah Ikea kejap. Konon konon masih ada masa lagi sebelum kelas aku pukul 2 petang tu. Elok je sampai area makan meatball, tetiba hujan lebat pula. Aku memang dengan seikhlas hati kata dengan abah aku memang nak pergi kelas. Tetiba abah pula pujuk kata tak payah pergi sebab hujan. Aku dengan ini telah mengambil peluang keemasan yang telah dihulurkan oleh abah dengan membuat keputusan, sambung makan meatball lagi. omnomnomnom.
Cuci mata kat Ikea memang seronok. Cuci mata tengok barang oke. Bukan orang.
Sekarang ni Ikea tengah sibuk dengan barang barang krismas. Banyak pilihan barang warna merah. Bersinar sinar mata aku pandang benda benda warna merah ni. Intai harga.......RM2,500. Oke bye.
Aku tak ada plan nak beli apa pun. Sebab aku baru je lepas ubah suai bilik aku hari tu. Agak melampau la kalau aku nak ubahsuai bilik aku setiap bulan. Mahu terkopak poket aku. Tunggu cuti sem nanti la baru aku tambah tambah lagi apa yang patut.
Barang barang masih ada je yang sama. Cuma pilihan warna je yang mungkin berubah. Mengikut musim. Kalau sesiapa yang suka warna merah dan putih macam aku, memang sesuai benor la shopping ikea sekarang ni. Kebanyakan barang dia tengah musim merah putih.
Last sekali aku singgah department as-is, department barang barang ikea yang dijual murah. Mana tau nasib aku baik, ada barang mahal yang tetiba dia jual murah. Boleh la beli.
Kebanyakan barang yang dijual murah ni selalunya barang display. Dia jual sebagai barang second hand. Ada juga barang yang dah rosak, maybe rosak masa customer tengok tengok barang kot. Mentang mentang jual murah.
Kalau pergi Ikea aku memang suka baring atas katil display dia. Aku paling suka bantal dia. Gebu sangat!! Dan secara tiba tiba aku nampak bantal gebu gebu tu dia jual murah. Dengan segera aku ambik dua ketul. huihuihui. Harga asal RM119, dia jual RM20. HUWAAAA!!! Peluk bantal kuat kuat!!! I love you bantal!!!!
Aku dah terharu gila bila berjaya dapat bantal idaman aku tu dengan harga murah. Tiba tiba aku sedar, aku tak bawa duit banyak hari ni. *Pandang mama* *Mama jeling* "Mama~ Boleh tak?" *Mama buat tak tahu* T~T
Aku selamber je bawa bantal tu kulu kilir. Elok je aku bawa bantal tu keluar depan department tu, tetiba pula ramai orang beli bantal yang sama. HOIHH! Nasib baik aku dah grab dua ketul walaupun aku tak tahu macam mana aku nak bayar ni.
![]() |
bukan gambar sebenar |
Aku duk pujuk pujuk abah. Pastu aku cakap ramai orang berebut nak bantal tu. "Tinggal seketul je bah sekarang ni." [Masa ni aku serius tak tipu abah sebab masa aku ambik tu dah tinggal 5 ketul je. Makcik yang lepas aku tu dah ambik dua. Ada minah arab sempat ambik 2 ketul juga. Itupun dia korek korek lagi area bantal. Tapi tak jumpa yang elok] Nasib baik abah kata dia belanja. Fuhhh!! Lega hati.
Aku berani ambik bantal display sebab selalunya diorang display dengan sarung bantal. If kotor pun, dia ada sarung. Plus, aku dah check dulu condition dia before aku ambik. Aku rasa dia baru letak bantal tu. Tak kotor pun. Memang lucky day aku.
Malam ni tidur dengan bantal mahal [walaupun bayar murah] eh. Pedulik hape aku! Janji dapat tidur.
No comments:
Post a Comment