Balik dari kelas memang sangat memenatkan. Tiba-tiba ada lelaki asing di ruang tamu. Aku tanya mama, siapa lelaki tu. Mama jawab, lelaki tu anak angkat dia. Lelaki tu dah kehilangan ibu bapa dan akan terus tinggal dengan kita. Aku faham. Aku terus duduk sebelah lelaki asing itu. Aku pandang wajah dia. Mata yang tajam, hidung yang mancung dan jambangnya kelihatan kurang terurus. Mungkin kerana aku terlalu penat. Aku tertidur di sebelah dia yang sedang membaca surat khabar. Entah mengapa aku ingin tidur memeluk tangannya yang sasa.
Aku tersedar bila mama tanya padanya, adakah aku sudah lama terlelap. Mukanya kelihatan kurang senang dengan kehadiran aku disebelah dia. Mungkin dia terlalu leka dengan surat khabar sehingga dia tidak perasankan kehadiran aku. Dia tidak menjawab. Tetapi aku terus bangun dan duduk di sebelah mama. Membuat reaksi seolah-olah aku sudah segar dari tidur. Berharap agar lelaki itu tidak berasa janggal dengan aku.
Tiba-tiba ada perempuan menepuk perlahan bahu aku dari belakang. Oh. Ada orang rupanya. Aku pusing dan aku nampak seorang perempuan yang sangat lembut rupanya. Dia menghulurkan bantal kepada aku. Mungkin dia perasan yang aku sebenarnya masih lagi kepenatan dan mengantuk. Aku terus meletakkan kepala di atas bantal.
Aku tersedar buat kali kedua bila aku terdengar bunyi bising di sekeliling aku. Aku buka mata dan aku nampak ruang tamu yang tadinya suram telah menjadi meriah dan ada beberapa sedang sibuk buat kerja. Ada apa ini? Lelaki yang merupakan anak angkat mama tu beritahu aku yang rumah ini sedang membuat persiapan untuk perkahwinan. Aku terus keluar rumah untuk melihat siapakah pengantinnya. Terdapat dua pasangan pengantin. Satu pasangan sudah bersiap di luar. Tinggal satu lagi pasangan tengah bersiap di dalam. Adakah kedua-dua pasangan tadi adalah kakak aku? Tetapi kenapa wajah mereka lain sekali?
Aku segera bersiap di dalam. Lama baru aku sedar yang rumah yang aku duduk ni bukan rumah aku yang sebenar. Namun aku masih terus bersiap dan menyusun kasut-kasut aku yang tadinya ada di luar rumah ke dalam rumah. Aku takut hilang atau dipijak tetamu yang bakal hadir.
Aku menjadi pengapit kepada salah seorang pasangan pengantin. Anak angkat mama itu juga rupanya bakal suami kepada satu dari pasangan pengantin tadi. Aku, anak angkat mama, mama, pengantin perempuan dan seorang kawan pengantin perempuan bergerak dahulu menuju ke surau untuk akad nikah.
Waktu hampir maghrib. Jalan mula sunyi dan hampir gelap. Dalam perjalanan, seorang lelaki asing tegur anak angkat mama, "Bahaya berjalan begini. Gelap. Awak seorang je lelaki. Mana mampu menjaga empat orang lagi perempuan." Dia hanya mampu tersenyum bagi menjawab lelaki asing itu. Laluan yang kami lalui itu seperti aku kenali.
Sesampai sahaja disimpang, kelihatan beberapa orang lelaki bersenjata tajam datang ke arah kami. Kami semua tersentak dan ada yang menjerit. Aku terus berlari ke arah bangunan di belakang kawasa perumahan rumah aku. Aku ingin meminta bantuan dari pengawal yang bertugas. Aku nampak ada 8 orang pengawal yang sedang bertugas. Aku tidak perasan hari sudah gelap. Patut la orang jahat datang ke arah kami. Aku minta bantuan pada pengawal untuk tolong aku. Tetapi ketika aku pusing ke belakang, hanya aku seorang sahaja yang tinggal.
Aku tak tahu mana pergi yang lain. Aku terlalu takut untuk tahu. Pengawal disitu memakai baju polis bantuan, mungkin itu mampu menakutkan mereka. Aku nampak salah seorang orang jahat yang mengejar aku tadi telah berpatah balik ke tempat tadi. Aku terus menunggu di pondok pengawal. Menunggu hari untuk siang. Tiba-tiba datang orang jahat yang lain bersama pas di pondok pengawal. Pas itu mengatakan yang dia adalah ahli keluarga aku dan ingin datang mengambil aku.
Aku terus lari jauh ke dalam kawasan bangunan itu. Guard yang pada mulanya tadi lindungi aku mula menyebelahi lelaki jahat itu semata kerana pas yang mengatakan aku adalah ahli keluarganya. Aku berlari dan terus berlari jauh ke dalam kawasan bangunan itu.
Aku sampai ke pejabat keselamatan. Aku terus meminta bantuan. Semua orang kelihatan sibuk. Dan ketua pengawal sedang mesyuarat. Aku duduk di sebelah seorang perempuan. Pelajar mungkin. Dan aku ceritakan kisah aku. Perempuan itu terus memberi pendapat supaya aku memeriksa pas lelaki tadi dan jika ada kesalahan pada pas tu (yang pastinya ada kerana itu pas tiruan) terus tunjukkan pada pengawal. Aku terdiam dan terus bersetuju dengan kata-katanya.
Aku masih lagi menunggu ketua pengawal. Selesai sahaja mesyuarat, aku terus menyerbu ke arah pintu mesyuarat. Secara tiba-tiba semua orang yang ada di dalam bilik mesyuarat pandang aku dengan pandangan yang menakutkan. Mereka terus mengeluarkan arahan untuk menangkap aku. Aku terkejut! Aku terus melarikan diri.
Aku cuba berlari dengan pantas. Tetapi kerana aku terlalu takut dan menggigil, aku terjatuh banyak kali. Aku menangis. Aku keseorangan. Aku menjerit minta bantuan. Tetapi kelihatan seperti semua orang keluar untuk menangkap aku. Aku nampak pintu pagar keluar. Masih lagi jauh dalam 50 meter. Aku masih lagi berlari. Tiba-tiba ada tangan yang merentap aku dari belakang. Aku terjatuh. Segalanya gelap.
Aku tersedar tetapi aku bukan lagi berada dalam badan aku. Aku nampak badan aku kaku di depan pondok pengawal dilitupi kain putih. Aku mati dibunuh. Aku nampak ramai orang mengelilingi pondok itu. Kebanyakan dari mereka adalah antara orang orang yang mengjar aku tadi. Aku tak pasti apa yang terjadi. Dan aku ternampak anak angkat mama di pagar sedang menangis memandang aku.
Dan suasana gelap tadi semakin cerah. Pagi terlalu lambat untuk muncul dan menyelamatkan aku.
2 comments:
seramnye even itu hanya mimpi
Mimpi kena bunuh T~T sebenarnya yang pengawal tu pengawal intec yang dekat belakang rumah ni. Ntah pape boleh mimpi pak guard uitm lak =_____=
Post a Comment