Setiap kali aku ulang tayang music video korean, aku sangat suka tengok part dance mereka. Memang sangat terbaik! Thumbs up for them.
Oh yes, aku sangat suka ulang tayang. Sebab tu kerja aku pun slow for these few weeks TㅅT
Harap maklum.
Setiap kali aku tengok dance mereka, aku akan teringat pasal kawad formasi. Did you notice yang dance mereka dalam keadaan terkawal dan pergerakan mereka sangat smooth? Even mereka keluar masuk dari tarian ahli yang lain, seperti menyanyi, mereka dapat masuk balik formation asal dan terus sambung dance mereka. Perasan kan?
Sebenarnya you all dah memang suka dengan tarian, bila nampak tarian tu sangat smooth keluar dan masuk penyanyinya, masa tu you all lebih excited. Kan? Tak pasti la bagi yang kata tak tu, bagi aku, aku sangat suka pergerakan mereka keluar dan masuk dari tarian kumpulan lebih lebih lagi bila mereka boleh sambung balik tarian tanpa lupa satu part pun.
Semua itu mengingatkan aku pada kawad formasi masa aku tingkatan 2. Nama pun kawad, sudah semestinya pergerakan kaki sama. I love kawad. I just hate the fact that we need to practice under hot sun. Mengenai kawad formasi, dari kawad yang sedia ada, aku dan skuad kena perform satu kawad yang bercorak. Like make a round shape, buat bentuk bunga, pergerakan tangan ke kanan or ke kiri, ANYTHING. The main thing is, semua pergerakan mesti lah sama.
And yes, there are some part yang pergerakan kami seperti tarian cuma harus dikeraskan kerana di bawah nama Kadet Remaja Sekolah. Unless nama kumpulan kami tu Manis Manis, mungkin pergerakan itu akan dilembutkan dan jadi la tarian seperti Girl's Generation.
Satu yang aku bangga, aku dapat ikut wakilkan sekolah sehingga peringkat daerah. Aku sangat suka kawad formasi. Aku lebih suka bila nampak yang pergerakan kami semua sama. Setiap step ada nama tersendiri. Bagi memudahkan pemahaman. Most of all, aku dan member satu kumpulan aku sangat rapat, seperti adik beradik. We help each other sepanjang berada dalam satu barisan. Any pergerakan yang member lain tak faham, kami akan tolong. Because we work as a team. Not individual. Kalau seorang salah, satu squad akan nampak buruk.
Aku sangat rindukan mereka semua. Aku rindukan Cahaya, Syikin Wahid, Suhaili, Farahani, Maya dan yang lain lain. Maaf aku tak berapa ingat sangat yang lain. Dan yang paling aku rindu, mesti la ketua squad aku, Kak Farikha. Rindukan suara jerit pekik dia. hehehe.
Aku suka tengok kawad formasi. Aku tak pasti sama ada zaman sekarang ni masih ada lagi atau tak kawad formasi tu. Tapi kalau ada, memang aku nak pergi dan tengok. Aku rindukan kenangan itu.
Kalau nak tahu lebih lanjut, go on, guna la Google. Any kawad formasi adalah sangat cantik bagi aku.
Working as a team is not as hard as working alone. Because we help each other. Tak ada erti kata selfish. Itu yang aku rindu. Kerana manusia zaman sekarang ramai yang selfish.
Oh yes, aku dah melalut jauh. Sila layan video di bawah ni. Video ini punca kenapa pergerakan aku slow this whole week.
No comments:
Post a Comment