September 13, 2011

student life aku dah bermula

Pergi kelas pakai baju kurung dan heels. Cadangnya nak pakai tshirt dengan jeans je. Tapi pengalaman masa diploma mengingatkan aku supaya lebih berhati hati dalam menghadapi pakgad uitm. Hari isnin hari rasmi, kena pakai baju formal ke kelas. Ingat tu kawan kawan!

Bila dah pakai baju kurung, macam tak compliment pula kalau nak pakai sport shoes. Cari selipar tebal tak jumpa pula. Jadi, cuba cuba la pakai heels. Bila sampai uitm, rasa nak menangis bila berada kat 'tangga batu caves' paling bawah sambil memandang ke atas. asdfghjklqwertyuiopzxcvbnm!!

Puhh! Memang aku mengelak lalu laluan lereng bukit tu. Tergeliat kaki, mampus jatuh gaung tepi tu. Sebulan kemudian baru orang jumpa agaknya. Seorang pelajar mati kerana pakai kasut tumit tinggi. Aaaarghhh!! TIDAK!! Nak tak nak, aku lalu ikut laluan yang proper, iaitu 'tangga batu caves'.

Sebenarnya aku rindu nak lalu 'tangga batu caves' ni. Sepanjang cuti 4 bulan aku duk teringat sebab 'tangga batu caves' ni punca kepada kekurusan aku. Sumpah sakit kaki bila dah sampai atas, tapi rasa berbaloi bila kau rasa sihat lepas tu.

Hari isnin aku ada kelas mandarin. Kelas mandarin ye kawan kawan, bukan limau mandarin. Belajar basic mandarin je pun. Aku risau je habis degree nanti, aku pun lupa bahasa mandarin. Hope not! Sila speaking mandarin dengan aku lepas ni. Walaupun aku hanya angguk angguk je sebab tak faham lagi.


Kelas tak ada. Lecturer tak masuk lagi. Maybe ramai yang ada masalah registration or maybe lecturer pun tahu ramai student tak masuk first week of class. Tapi saya ada! *sambil buat muka kesian sebab kena paksa bangun pagi pagi untuk pergi kelas*

Student baru tak ramai dan tak memenuhkan foyer seperti semester semester lepas. Mungkin masih ramai yang beraya dekat kampung?

Terserempak dengan senior. Saya ni pemalu. [serious je kau!] Nasib baik senior yang merangkap president smf tu agak sempoi. Nak ucap selamat hari raya pun hegeh aku. Senior tu dah blah baru nak. "Abg ***, sela~~" *bunyi cengkerik* "Eh? Mana lak mamat ni?" *ketuk kepala sendiri*

No comments: